Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Ajari Aku Tentang Seni

Aku tidak tahu. Semuanya. Tolong ajari aku. Pertama, seni itu halus. Di mana halusnya seni? Sedang aku lihat ramainya orang berkata lancang dalam karya sastera,  dikata jumud jika tulis dalam bahasa indah serta murni. Banyak juga pelukis terkenal, melukis lukisan tidak elok. Ramai juga penyanyi lagu-lagu kasar lebih diingati dari lagu melankolik yang cepat dilupakan. Jadi, seni itu haluskah?Kedua, seni itu indah. Kebanyakannya ya. Tapi, konlflikku di sini apabila sains dan seni itu jauh. Jadi, jika seorang arkitek membina tama bunga tidak boleh dipanggil senikah? Tidak indah kah? Atau kalau seorang saintis pergi ke bulan memandang Bumi itu tidak indah kah? Tidak senikah? Jadi, ajari aku bagaimana mahu membezakan keindahan dalam seni dan sains itu. Aku sendiri tidak tahu apa itu seni. Bagaimana aku boleh mengatakan yang aku ini adalah seniman, karyawan, penulis, pelukis, aktivis. Aku bukan seniman. Tapi aku suka kepada seni. Salahkah? Tentu tidakkan. Mencintai seni itu sesuatu kepuasan b…

Mimpian Cetakan Kedua

Oleh: M I Fitri Mimpian Cetakan Kedua
Alhamdulillah. Terbitnya buku Mimpian cetakan kedua. Mimpian merupakan kumpulan 4 buah cerita dari tahun 2010. Awal Mei 2016 buku ini mula diterbitkan. Kini, ia dicetak semula untuk memenuhi permintaan. Cetakan pertama boleh dikatakan edisi terhad kerana cetakannya tidak banyak. Ini merupakan cetakan pertama
Mimpian Cetakan Pertama (Edisi Terhad)
Terima kasih diucapkan kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka yang terus menyokong hasil tulisan lokal. Buku ini dihasilkan tidak melalui mana-mana penerbitan terkenal. Tetapi melalui Tubal Chetak yang aktif mencari bakat-bakat baru khususnya di negeri Sabah. Tujuannya untuk mengangkat karyawan dan seniman negeri ini.
Kepada mereka yang ingin memiliki buku ini boleh menghubungi saya sendiri di 0168051710 (Whatsapp). 
Peringatan: Selain Beli Baca Buku, Tubal Chetak tidak memiliki mana-mana ejen penjualan individu ataupun syarikat. Pernah belaku pembeli yang membeli dengan harga RM25 dan menjualnya semula de…

Resensi Buku Benawi-Aripin Said

Oleh: M I Fitri




Benawi Aripin Said Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Keempat 1990
Benawi anak yatim yang rajin sejak pemergian ayahnya. Tinggallah dia dengan ibunya berdua. Tetapi, jiran tetangga selalu membantu mereka, tidak pernah mereka merasa terasing atau sunyi.. Atas desakan inilah dia menjadi seorang budak lelaki mahir dalam kerja-kerja kampung. Menganyam ambung mengkuang, membuat kerja kayu, dan membuat peralatan menangkap ikan. Semua diwarisinya daripada ayahnya. Menurut Pak Kenalau, ayah Benawi seorang yang cekap dalam hal-hal sebegini.
Begitulah suasana kampung Bera, hasil laut dan hutan akan ditukarkan dengan barang keperluan asas seperti baju gula dan beras. 
Suatu hari datanglah Pak Banjar, seorang saudagar dari kampung seberang. Membawa barang dagangan untuk ditukarkan. Ketika itulah dia bertemu dengan Benawi. Pak Banjar mendapati Benawi seorang yang rajin dan berkemahiran. Apatah lagi Benawi pernah menyelamatkannya dari di sondol babi. Pak Banjar pun memutukan untuk membawa…