Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Bila Sang Ibu Sakit

I
Ibuku Di Rumah,

Ibu sakit si ayah merungut
Makan tak sedap minum tak enak
Perut keroncong irama lapar
Anak meningkah tak tahan lapar
Ibu pula masih terlantar
Kata ayah makan maggi
Sebab ayah tak tahu masak nasi
Senyum sinis si anak muda
Ayah malu tak mau berkata
Alangkah indah jika ibu ada

II
Ibu Muda

Tangis pertama menggegar bumi
Bising desing telinga sakit
Mendengar maki anak tak guna
Bapa lari entah ke mana
Malu tidak lagi tertanggung
Kesian anak berteman kerengga
Nyamuk lalat jadi hiburan
sebelum tubuh terkujur kaku
Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru
Inikan pula sehelai kain penutup malu
Alangkah indah jika ibuku ibu sihat

III
Ibu Alam

Bila sang ibu sakit
Sesak nafas tiada udara
Mandi tak basah air tiada
Tidur tak lena bising gila
Gila mereka semakin menggila
Ibu dah mengamuk tak dapat tahan
Marah sang ibu memberi pengajaran
Hambatnya Tsunami musnah penempatan
Rotannya guruh bergegar satu badan
Terbelah gunung meletus berapi
Anak jajal tak dengar cakap
Merayu rayu mint…

PANGGIL AKU IBUMU !!

SINOPSIS
Pengorbanan seorang ibu kepada anaknya tidak dapat di tandingi oleh sesiapa. Namun, pernahkah kita terfikir sejenak bagaimana seorang ibu menyembunyikan kesakitan yang dihadapi demi anaknya? Walau banyak mana sakit kita, tidak sesakit kesakitan yang dialami oleh seorang ibu. Panggil Aku Ibumu memaparkan memoir seorang wanita yang memelihara anak angkat yang penuh dengan kepayahan hidup menjaga anaknya itu. Setelah tamat persekolahan, Maria bekerja sebagai CEO sebuah syarikat Produk Kecantikan. Dia juga membiarkan ibunya tinggal seorang di kampung. Kerana terlalu leka dengan dunia Maria telah derhaka kepada ibunya. Ibunya dianggap hina dan tidak layak untuk tinggal bersamanya. Dia tidak sedar bahawa syarikat yang diterajuinya selama ini adalah kepunyaan ibunya. Syarikat itu telah diamanahkan kepada En. Jefri dan akan diserahkan semula hanya apabila Maria telah dewasa. Ibu sangat rindu kepada Maria lalu datang menjenguknya. Semuanya menjadi kelam-kabut apabila Maria menendang…

CERITA AKU

Kau menyinari hatiku
Dikala hatiku sedih
Dan kuperlukan dirimu
Diwaktu kusunyi dan sepi

Tak mungkin lagi
Kau mengasihi hatiku
Kau jauh pergi
Meninggalkan aku
Di Dalam kesamaran waktu

Hidupku dulu
Penuh kebahagiaan
Gelak tawamu
Pengubat rinduku
Tiada apa dapat memisahkan
Cinta sejati darimu

Acil & Yap