Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Santapan Tubal Vol 3

Tarikh: 3hb September 2016 (Sabtu) Masa: Selepas Magrib Tempat: Laman Seni Objektif. Membantu golongan-golongan yang memerlukan. Misi Ingin membudayakan fikiran terbuka kepada masyarakat. Visi Menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan. Bahan Persiapan Makanan Beras 5kg Bawang Merah/Putih Garam/ajinamoto Sayur Kobis Ayam Sos chili Ketchup Manis Udang kering Tomato Air Tapau (anggaran 100 tapau) Sudu plastik untuk tapau Budget RM200 Peralatan Penyediaa Kuali Rice cooker Pisau Sesaban Dapur/Gas Senduk Kuali Topless Time Table -Kutipan terakhir untuk sumbangan: 28 Ogos 2016 -Kepada yang ingin menyumbang makanan, sumbangan bolehlah dibawa pada tarikh projek Santapan Tubal dijalankan. -Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat. -2 September 2016, segala bahan keperluan hendaklah diperlengkapkan. -3 September 2016, (Pagi) Persiapan awal harus dilaksanakan. -Diharap semua saudara Tubal Chetak dapat beri kerjasama. Pengarah Mohd. Rusd

Bukan Johan Raja Lawak

Assalamualaikum, Ini bukan Johan Rajalawak. Tapi ini cerita Johan Hj Baba. Tapi, mana syok terus cerita. Dari awallah kan. SIFF sudah, Khalifah sudah. Sekarang Wafiy. Seorang lagi anak seni kelahiran Sabah dari Ceria Pop Starz Astro Ceria. Kelmarin (30 Julai 2016) dijemput ke Rumah Terbuka Hari Raya di rumah sepupu. Norman, sepupu dua kali (Mama kami bersepupu sekali), merangkap ipar sahabatku Mahathir. Acara yang bermula dari jam 2 itu dihidangi dengan juadah yang semua sedap-sedap. Basically nasi campur dan soto. Air cendol dan air limau. Lauk antara yang menjadi pilihan ikan bakar, ayam masak merah, ikan masin tumis sambal, udang masak merah dan yang paling penting tu sambal mambangan. Fuh, sedap. Sementara orang makan, ramai pengunjung yang berkaraoke. Tidak lama kemudian, muncullah keluarga Wafiy. Apa lagi masa ni dia menjadi tumpuan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Nama penuh : Mohd Wafiy Khan Johan Nama panggilan : Wafiy Kerjaya : Pengacara Ceria Super

Festival Bagandang Beaufort 2016

Assalamualaikum. Baru saja kelmarin update blog mengenai SIFF . Hari ni mengenai Pesta Bagandang Beaufort pula. Bagandang ini diambil daripada acara bermain alat muzik tradisi kulintangan. Selain itu berlangsung juga Beaufort Vintage Festival hasil usaha pengusaha-pengusaha bundle Beaufort. Inilah sebenarnya niat sebenar aku nak pergi. Mencari baju atau pakaian terpakai. Manalah tahu jumpa yang murah-murah.   Kami dah pergi, kamu sudah?   Sempat juga rembat Kebab Ayam dan Mickey Mouse Meriah acara ni sampai tak sempat nak ambil gambar suasana ketika itu. Hihi. Pesta Bagandang tidak pasti bila tapi Vintage Festival ini berlangsung selama lima hari dari 27-31 Julai 2016. Kemeriahan ini diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan Khalifah. Abang (Vokalis) yang diketahui ramai berasal dari Kudat mengatakan bahawa kampung asal beliau juga dari Beaufort. Cuma, membesar di Kudat. Kumpulan Khalifah sekarang terkenal dengan lagunya 'Hang Pi Mana'. Abang sempat men

Sekitar Sabah International Folklore Festival (SIFF)

Assalamualaikum Semalam pergi ke Dewan Penampang. Pergi Sabah International Folklore Festival (SIFF). Banyak negara yang terlibat. Di bawah ni antara yang kami sempat tengok. Penilaian 5/5 bintang dari sorakan penonton. Hairannya SIFF ni tak ramai yang tahu, Bukan international ke ni? Sampai ja di sana terus bergambar di backdropnya:-   Korea Selatan Sorakan 5 Bintang Penari semua wanita dan menggunakan pakaian tradisional berwarna merah. Berlatarbelakangkan Sakura dan Istana lama. Setiap kali penari berpusing serentak tu mesti dapat sorakan dari penonton. Sri Lanka Sedikit hambar Sorakan 2 Bintang Sri Lanka ni aku balik-balik teriak tak seragam. Ada yang lupa langkah. Budak-budak umur 10 tahun menari kot. Yakutia Russia sedikit Rancak Sorakan 3 Bintang Dimulakan dengan tayangan video kampung halaman mereka. Penuh dengan ais salji. Ada video orang tangkap ikan dengan melubangkan ais. Ada gambar gadis Russia bermain salji dan dibalik batang pokok mati

3 Status Jangan Buat

1) Mendedah Tak naklah cerita pasal dedah aurat. Aku bukan tahu hukum. Aku maksudkan mendedahkan kelemahan diri atau insan tersayang. Tak kisah secara terus atau berlapis. Orang boleh baca tu. Biasanya berlaku kepada golongan "isteri", dan budak-budak sekolah. Mereka terlalu stress dan tidak tahu hendak meluahkan kepada siapa-siapa. Lepas tu, dah dedah tag pula nama suami. Adoi, takkah senang ja orang teka rumahtangga anda bermasalah. Biasa berlaku bila quote tentang suami isteri mulalah si isteri tadi mentag nama suami masing. Ish, tak payahlah kakak-kakak sekalian. Kalau nak cakap terus terang dengan penuh menggoda. Suami pun suka dan akan akur. Inilah masanya nak menggoda suami anda dan beri nasihat dengan cara yang menggairahkan. Betul tak para suami? Kita bukan budak kecil kan. Tapi, yang budak sekolah tu jangan pula nak sibuk ikut menggoda bf gf kamu tu. Cubit tinga kang ... 2) Mengongsi Lokasi Ni lagi satu. Suka sangat mengongsi lokasi. Biasanya akan

Dari Hujan Ke Lukisan

Berniaga Hujan Bangun awal pagi menjual nasi lemak. Hari ni ada tambahan Nasi Kuning. Biasalah pagi-pagi yang bekerja tak sempat masak. Senang beli saja. Ada yang beli untuk di makan tengahari. Buka dari jam 6am-9am. Biasanya 7,30am dah habis makanan. Nasi Lemak RM2  sahaja. Nasi Kuning pun RM 4 sahaja Menyelam Buku Inilah aktiviti sihat yang menjadi kemarukan dalam diri ini. Dengan cuaca yang sedikit mendung aku pun pergilah bersiar-siar mencari kedai buku. Bolehlah dapat beberapa buku. Antara yang syok majalah ni:- A L O N G Along. Macamana menggamit memori kan? Beli Barang Jualan Selepas penat bersiar-siar, aku pun pulang ke rumah kerana perlu membeli barang jualan bersama isteri dan anak tercinta. Tiba-tiba Cegu   kol  berkirim susu kambing. Akupun cakap boleh. Kebetulan memang nak ke Sunny Supermarket. Penghantaran Selepas semuanya sudah dibeli, kami pun pulang ke rumah. Hajat hati ini mahu berehat. Memandangkan cuaca semakin gelap,

10 Tajuk Kerap Dicari

Assalamualaikum Oleh: M I Fitri Setelah bertungkus-lumus berpeluh menghias semula blog, baru perasan sudah enam tahun blog ini wujud. Bermula dari May 2010 hingga Julai 2016. Suatu kepuasan buat penulis. Sebenarnya saya mula blogging dari 2008 lagi. Oleh kerana blog itu terlalu semak kerana baru mencuba-cuba menggunakan javascript. Akhirnya, ia terpaksa dipadam kerana mengandungi virus. Tiada ada apa-apa pun dalam blog lama itu. Setelah menyambung pengajian di universitilah saya banyak mengemaskini blog. Pertama, aktiviti ketika itu terhad. Kedua, merasa bosan. Ketiga, cabaran utama krtika itu adalah sambungan internet. Dengan gigih menggunakan wifi kampus yang kekuatan satu bar. Pengguna seramai lebih 5,000 orang mahasiswa. Memuatnaik gambar berukuran sederhana saja mengambil masa setengah hari. Telefon bimbit pula ketika itu hanya GPRS. Sungguh tidak disangka! 10 Entri Kerap Dicari Itulah yang menghairankan, setelah internet sampai ke generasi keempat (4G) se

Gema Akustika dan Malam Puisi

Assalamualaikum Acara santai Malam Puisi Aidilfitri telah berlangsung pada 26 Jun 2016 di Strum Central, Warisan Square Kota Kinabalu. Menampilkan lima orang pemuisi (sila lihat gambar). Ia dilaksanakan dengan kerjasama tiga pihak iaitu Macam-Macam Music dan Tubal Chetak dan penaja lokasi Strum Central . Menurut Aphik, penganjur program ini akan diteruskan sebulan sekali. Dengan hanya perlu membayar tiket sebanyak RM5 setiap pengunjung disediakan minuman. Program kedua akan berlangsung pada 31 Julai 2016 di lokasi yang sama. Bezanya, kali ini sebelah petang diadakan Gema Akustika dan malam diadkan  Malam Puisi . Berikut merupakan poster terkini:- Anda semua dijemput hadir. Terutamanya kepada mereka yang selalu pergi ke Centre Point. Apa kata kali ini kita ubah selera dan beramai-ramai menikmati puisi yang dikatakan sungguh puitis ini. Belum cuba siapa tahu. Mungkin anda orang yang memiliki bakat terpendam. Serlahkan bakat anda di sana nanti. Jumpa di sana

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

MINYAK WANGI BRAVEHEART Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan. Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik. Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik. MINYAK WANGI SWEETHEART Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuh

Sekadar Renungan: Ada Sesuatu Tentang Hujan

Ramai yang menikmati suasana selepas hujan. Ada yang dengan secawan kopi. Dan aku menikmatinya dengan sebuah kamera. Merakamkan suasana indah itu untuk dinikmati ketika terik.  Basah. Semestinya. Selalu kita mengelak daripadanya. Tidak mahu terkena basahnya yang tidak menyelesakan. Proses pemejalwapan membentuk awan. Kandungan wap tidak lagi terbendung, menjadi hujan. Menyegarkan hidupan bumi. Pepohon kelihatan lebih hijau dari selalu. Jalan seperti cermin menyerlahkan lagi bebayang alam. Gelisah ketika hujan tadi beransur hilang. Isyarat untuk melakukan aktiviti rutin. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya. Tapi apa? Jiwa yang diliputi radang kini diselimuti kedinginan. Itulah sebabnya aku selalu bertanya pada hujan, bila lagi kau akan datang? Tidak juga aku menginginkan hujan yang lebat selalu hadir. Sekadar ingin merasai seberapa banyak yang boleh, kenyamanannya selepas hujan. Berbahagialah dengan hujan! (^_^)v

Pomade 20's, Ducktail, Pompadour dan Quif

Assalamualaikum. Pommade Menurut wikipedia   pommade berasal dari perkataan French. Bermaksud salap. Salap adalah sejenis ubat lebam untuk mencegah kuman.  Salap adalah , likat , penyediaan homogen separa pepejal, yang paling biasa yang berminyak , minyak tebal (minyak 80 % - air 20 %) dengan kelikatan yang tinggi, yang bertujuan untuk aplikasi luaran untuk kulit atau membran mukus 1920's Pada tahun 20-an ia menggunakan      bear fat (Lemak Beruang)  atau lard,  Lanolin (gris bulu) , beeswax (lilin lebah) , dan petroleum jelly (jeli petroleum). Antara jenama terawal ketika itu ialah  Murray's Superior Pomade. Berbanding gel dan semburan, Pommade tahan lebih lama, berkilat dan rapi. Sehingga perlu mencuci beberapa kali untuk menghilangkannya. Stail Rambut Stail rambut yang menggunakan Pommade ialah  ducktail ,  pompadour , dan  quiff . Ducktail Elvis dengan Pompadour Elly Jackson Of Laroux dengan Quiff Pandangan Peribadi Secara peribadi saya kur

Kritik, Kutuk dan Saran

Assalamualaikum Oleh: M I Fitri Mengkritik buku itu bukan mengutuk. Perkara ini sangat penting dan ditekankan di sini. Kita faham, kritik ini menggunakan perkataan yang pedas-pedas. Supaya pengkritik itu nampak wibawanya. Maaflah, perkara ini saya tidak bersatu tuju. Kritik itu bukan perlu tajam, tapi tepat. Dalam sebuah karya tepat dikeluarkan di baris dan ayat mana. Ia sangat memerlukan masa yang panjang. Lebih-lebih lagi kalau karya itu sudah tersebar dan ramai yang membacanya. Jadi, jika seseorang itu mengkritik dan tidak punya masa yang panjang. Itu sekadar membincangkan. Kritikan itu sangat diperlukan untuk penambahbaikan karya itu sendiri. Manakala perbincangan pula tidak begitu. Ia tidak terikat kepada karya. Mungkin perbincangan membincangkan hal-hal lain di luar lingkungan. Kritikan yang bagus adalah yang disertai dengan saranan. Kutuk pula adalah menghina. Penghinaan bermaksud sengaja mengatakan keburukan untuk menjatuhkan. Bukan untuk membina. Ini kita haru

Gelisah dalam Puisi

Oleh: M I Fitri Tulislah Gelisah Pada Takdir Indah Kerana kegelisahan hidup itu berdiri di seberang ketenangan dan kedamaian yang disimpan ole kerinduan dalam diri sendiri. Merasa gelisah selalu, dalam mencari takdir damai kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup saban minit, kian baru. Merasa senanglah selalu! Merasa tenteramlah! Atas takdir kegelisahan Don Kegelisahan itu mendorong bekarya. Jiwa yang berada dalam ketenangan tidak terdorong. Menyebabkan si penulis tidak tahu mahu meluahkan apa. Memang benar puisi adalah luahan hati, tapi tidak semua luahan hati adalah puisi. Sumber: Facebook Day'z M'sia Berdasarkan puisi yang disiarkan di Utusan Borneo Ahad 24 Julai 2016. Dua orang penulis Jali Jofri dan Gabriel Kim. Masing-masing berasal dari Batu Pahat dan Labuan. Saya pernah bertanya Abd Naddin Shaidin, kenapa akhbar tempatan menyiarkan puisi orang

Kembali Menulis

Assalamualaikum. Apa khabar kepada mereka yang masih mengunjungi blogku ini. Sesungguhnya, blog ini bermasalah diserang virus. Entah aku pun tak pandai macamana mau menyelesaikannya. Banyak perkara telah berlaku. Sebenarnya selama ni aku tengah sibuk menghidupkan kumpulan aktivis Tubal Chetak. Mencari bakat-bakat baru cerpen, novel dan puisi lalu diterbitkan menjadi buku. Alhamdulillah setakat ni sudah ada lima buah buku telah kami terbitkan. Masih dalam pemperosesan pula ada tiga manuskrip. Semalam, baru lepas menghadiri majlis rumah terbuka DBPCS. Seronok juga sesakali dapat bertemu penulis-penulis mapan. Betul, dalam penulisan kadang kita bertekak tapi itulah di luar kita kawan. Professional. Petang ni pula ada diskusi buku bersama Loq bukunya Lastik. Ingat temujanji kita jam 2 petang di Restoran Brunei Satay House Asia City. Apa-apa pun nanti aku update aktiviti yang akan kami buat. Aktiviti yang sudah dilakukan:- 1) Bedah buku 2) Diskusi Buku 3) Santapan Tubal