Khamis, 21 Januari 2010

Begitu Hebat

Begitu hebat orang merompak
tembak mesti sesuka hati.

Begitu hebat pengantin baru
cumbu rayu pagi ke senja.

Begitu hebat orang agama
dahi berbekas, wujudnya lama.

Begitu hebat si anak muda
berani buang bayi di masjid.

Begitu hebat syurga Ilahi
tidak terjangkau akal khayalan.

Begitu hebat puisi Melayu
sekali terdengar, sekurun terkenang.

Coretan
Ahmad Fedtri Yahya