Langkau ke kandungan utama
Daun Waktu; 2010 membuka pintu hari
dengan ceritera dukaku meruntun hati
seorang wira telah berlalu pergi
kembali ke negeri abadi
menemui hakiki, Ya Muhsi.

Sempurnanya; Seorang Tok Mat ...
seperti nama yang abadi tersemat
di jilitan kitab-kitab bakti dan khidmat
semarak, setiamu yang amat berkat
hakikat menghayat Mesra diingatkan zuriat.

Hari ini; bulan ikut simpati kedukaan
gerhana dinihari, Jumaat 15 Muharam
bagai nukilan UMNO: Akhir Sebuah Impian
sejahteralah Tok Mat perjalanan menemui Tuhan
bermukim di sisi pada Syuhada yang beriman.

Merafakkan rimbun ampun
bait-bait sejarah yang bertahun
Inna Lillahi, Wa;inna Illahi Rajiun ...

Koordinator Pena, Dr Ahmad Razali Yusuf, mengimbau kekejaman Israel yang mensasarkan tembakan dan bedilan ke arah penduduk awam tidak berdosa sehingga kanak-kanak menjadi mangsa menggelepar menunggu ajal di sebalik runtuhan bangunan lewat puisinya, Ya Gaza.

Ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza
ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza
kota raya yang bermandikan darah
anak-anak Palestina yang dirindukan
kemerdekaan dan perdamaian
bumi subur yang menjadi rebutan
dari seribu kekejaman tanpa destinasi.

Ya Hamas, ya Hamas, ya Hamas
ya Palestina, ya Palestina, ya Palestina
bermandi darah engkau
di bumi yang menjadi penghuni
orang-orang Arab yang tidak mahu bersatu
sejak zaman berzaman bersilang
dalam kemelut waktu dukamu.

ya, Israel, ya Israel, ya Israel
alias bangsa Yahudi terkutuk
kausasarkan peluru beracun
dan ledakan bom-bom serta motar
pada tubuh-tubuh tidak berdosa
engkau ranapkan masjid-masjid dan sekolah
di bumi Gaza
biarpun protes dari seluruh dunia
namun kedegilan, terus membara di kepalamu ...

Dr Ibrahim Ghaffar,
Timbalan Pengerusi Tetap Pena

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...