Ya Allah, aku sangat sayang
kepada bangsaku
kerana dengan bahasa ini
aku berfikir dan berasa
dan dengan bahasa ini
aku tahu bahawa Engkau wujud.
Ya Allah, dengan penuh rendah hati
aku yang hina ini memohon kepadamu
agar diselamatkan bahasaku
agar Engkau bukakanlah hati-hati
pemimpinku yang telah kami angkat
agar mereka yakin kepada bahasaku
dan bahasa bapa-bapa mereka.
Ya Allah, selamatkan bahasaku
dan jika inilah ketentuan-Mu
bangsaku akan Engkau musnahkan
seperti bangsa-bangsa
yang telah Engkau musnahkan dahulu
aku rela dan reda
kerana Engkau Maha Mengetahui
Amin.
By Hand,
Saifullizan Yahya
kepada bangsaku
kerana dengan bahasa ini
aku berfikir dan berasa
dan dengan bahasa ini
aku tahu bahawa Engkau wujud.
Ya Allah, dengan penuh rendah hati
aku yang hina ini memohon kepadamu
agar diselamatkan bahasaku
agar Engkau bukakanlah hati-hati
pemimpinku yang telah kami angkat
agar mereka yakin kepada bahasaku
dan bahasa bapa-bapa mereka.
Ya Allah, selamatkan bahasaku
dan jika inilah ketentuan-Mu
bangsaku akan Engkau musnahkan
seperti bangsa-bangsa
yang telah Engkau musnahkan dahulu
aku rela dan reda
kerana Engkau Maha Mengetahui
Amin.
By Hand,
Saifullizan Yahya
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.