Ha Dam II

Hadam
Hawa dan Adam

Kaulah pahlawan sejati
Telah berjuang sejak azali lagi
Di landasan luar garisan
Tiada siapa pun mahu membelamu

Walaupun,
Jiwamu Hawa
Tubuhmu Adam
Kau tiba di dunia sehenti
Tanpa setuju dari khalifah-khalifah bumi
Tanpa izin bunga-bungaan mekar
kau penghuni tegar

Dimensimu penuh caci
Menghambatmu sepenuh hati
Dari kiri dan kanan
Kerelaanmu menjadi hiburan setiap insan sempurna
Kau dipijak bak sampah tak berguna
Oleh makhluk bergelar manusia suci

Luahan Hati,
Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Ingat