Meragut Bintangmu

Bintang itu tinggi
Kami hanya mampu mendongaknya
Dapatkah ia dicapai lalu digenggam
Jika fizikal hanya sebesar zarah
Tak berdaya melompat setinggi itu

Dihadapan kelihatan sebuah tangga
Tersusun megah menghiasi pentas dunia
Tampuknya indah bersarat ilmu
Ilmuan tersenyum menyambut tamu
Tangan ditadah sebesar nyiru

Kami datang berbekal harapan
Tinggi menggunung setinggi puncakmu
Anjunglah kami menaiki takuk-takukmu
Untuk menggapai bintang yang satu
Impian setiap insan bernama mahasiswa

Mengapa perlu pandang ke bawah
Kalau di atas tempat tujuan
Tangga terakhir sudah didaki
Mari tunaikan impianmu kawan
Meragut bintang idaman
Yang selalu hadir dalam mimpi-mimpimu

Acil

Ulasan

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Ingat