Khamis, 22 Julai 2010

Berbalik

Marilah sedari keikhlasan kita
Saat hati teguh menerima kenyataan
Uijan melanda kita syukuri
Sesiapa pun tak dapat menghalang

Jangan lagi keder
Berbalik la kita lorong kanan itu
Tersedia indah menggamit hati perasaan
Mengindah jiwa mekar di taman

Kerekau iman
Kerekau taqwa
Kerekau syurga
Kelekatu nafsu kita sembur dengan iman
Kibir diri kita taqwakan
Kepikunan Bumi kita teruskan ke Syurga

Jangan lagi menyereng ke simpang kiri
Padukan kemudi menghala ke jalan-Nya
Satukan hati ikhlaskan diri
Sampai jua kau berhenti
Dengan lancar dan senang
Menuju ilahi...

Acil,