Kini

Orang tuaku pernah berpesan
Belajarlah nak
Ilmu itu sangat penting
Saat itu aku baru setahun jagung
Baru belajar bertatih
Belum berjalan

Ketika aku belajar merangkak
Keluar melihat dunia fana
Orang tuaku berpesan lagi
Belajarlah nak ilmu itu sangat penting
Lalu aku belajar
Teori dan praktikal
Rohani
Jasmani
Ilmu
Kusematkan di dada

Ketika aku sudah pandai berjalan
Orang tuaku berpesan lagi
Belajarlah nak ilmu itu sangat penting
Dan aku terus belajar

Kini
Aku sudah pandai berlari
Namun orang tuaku tak ada lagi
Akan kusinpan jauh di sudut hati
Pesan orang tuaku
Yang sangat bererti
Belajarlah nak
ilmu itu sangat penting

Susan Francis,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Ingat