Langkau ke kandungan utama

How to make Proposal Kembara

EJ10101 UMS SEJATI 1 ( KEMBARA )
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LAPORAN PERKHEMAHAN KUMPULAN 2


TEMPAT : HUTAN SIMPAN KG LABAK, KINARUT
TARIKH : 9 OKTOBER 2009 - 11 OKTOBER 2009
PESERTA : PELAJAR UMS SEJATI 1 ( KEMBARA ) KUMPULAN 2
PENGIRING : TUAN HAMUDDIN TARINCANG DAN JURULATIH



ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pendahuluan 2
2. Penyataan tujuan 3
3. Gambaran am 3
4. Objekti perkhemahan 4
5. Destinasi 4
6. Pelaksanaan
4
06.1 : Persediaan
06.2 : Peserta 4
06.3 : Urutan kejadian 5-9
06.4 : Pergerakan 9
7. Pencapaian perkhemahan 9
8. Pengajaran 10
9. Penutup 11
Lampiran 1 : Senarai ahli jawatan kuasa 12
Lampiran 2 : Aturcara aktiviti perkhemahan kumpulan 1 13-14
Lampiran 3 :Laporan Perbelanjaan 15-18
Lampiran 4 : Galeri 19 - 23




1. PENDAHULUAN

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi ahli-ahli kembara mengetahui lebih mendalam tentang kembara. Kehidupan dalam hutan yang serba kekurangan adalah tidak sama dengan kehidupan di luar hutan. Pelajar suka tak suka perlu menjalani kehidupan sebegini. Praktikal sebegini membantu pelajar mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di kuliah dan membawanya ke dalam hutan. Selain perkhemahan ini memberi gambaran lebih jelas tentang kembara, ia juga bertujuan melatih para pelajar berdikari, kerjasama antara kumpulan, berkeyakinan diri, hormat-menghormati antara satu sama yang lain, tabah mengharungi cabaran dan dugaan, utamakan keselamatan, tanggungjawab, dan mencintai dan menghargai alam sekitar. Kita tidak dapat menafikan perkhemahan sebegini memberi pelajar banyak pengetahuan tentang pelajaran yang tidak dapat dalam kuliah. Diharapkan pada masa akan datang akan ada lebih banyak perkhemahan sebegini diadakan diadakan.

2. PENYATAAN TUJUAN
Tujuan laporan ini disediakan untuk memberi gambaran lebih jelas kepada pihak atasan mengenai aktiviti perkhemahan yang teleh diadakan selama 3 hari 2 malam oleh pelajar UMS Sejati 1 Kembara, kumpulan 2.

3. GAMBARAN AM
Perkhemahan ini bermula pada 9 Oktober 2009 sehingga 11 Oktober 2009. Pelajar mula berkumpul sebelum pukul 1.30 petang di pejabat bahagian keselamatan. Sebaik saja berkumpul jurulatih memberi taklimat dan membuat senaman badan. Selepas membaca doa pelajar mula bertolak pada pukul 2.00 petang dengan menaiki bas Universiti Malaysia Sabah ( UMS ). Pelajar tiba ditapak perkhemahan kira-kira pukul 3.00 petang. Aktiviti seterusnya adalah mengikut senarai yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa perkhemahan.





4. OBJEKTIF PERKHEMAHAN
4.1 Matlamat utama penganjuran program ini adalah sebagai salah satu langkah permulaan bagi membantu melaksanakan matlamat Universiti Malaysia Sabah iaitu memberi galakan kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam kegiatan persatuan.
4.2 Merupakan satu pendekatan praktikal yang dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran mahasiswa dan mahasiswi dalam pengurusan organisasi, meningkatkan semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan, komunikasi, keintelektualan, bersatupadu dan kepimpinan.

4.3 Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama, justeru menggalakkan perpaduan.
4.4 Melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk hidup berdikari serta mampu bertindak secara waras dalam keadaan yang cemas di kawasan hutan dan persekitarannya.
4.5 Meningkatkan rasa cinta dan menanamkan semangat untuk sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar dalam kalangan pelajar.
5. DESTINASI
Hutan Simpan Labak, Kinarut, Sabah
6. PELAKSANAAN
6.1.PERSEDIAAN
Persediaan telah dilakukan selama 4 minggu. Dalam masa ini perjumpaan kerap diadakan untuk memastikan perkhemahan ini akan berjalan dengan lancar. Selepas selesai membuat kertas kerja, semua ahli jawatan kuasa (AJK) memainkan peranan masing-masing seperti membeli peralatan, makanan, pengangkutan, ubat-ubatan dan menyediakan kumpulan serta menyenaraikan aktiviti yang akan dilakukan bila perkhemahan dijalankan. Selain itu, ajk-ajk hendak memastikan semua alatan perkhemahan seperti khemah, peralatan memasak dan makanan adalah cukup untuk semua pelajar, jurulatih dan peiring-peiring. Semua 6 kotak makanan yang telah dibahagikan sama rata akan diagihkan kepada 6 kumpulan, 1 kumpulan mempunyai 10 orang ahli.

6.2. PESERTA
Peserta : 60 orang pelajar
Pengiring dan jurulatih : 3 orang

6.3. URUTAN KEJADIAN
Masa Aktiviti Catatan
9 Oktober 2009
1.30 p.m – 2.00 p.m




a) a) Pelajar berkumpul dipejabat bahagian keselamatan.
b) b) Menbuat senaman badan.
c) c) Jurulatih memberi taklimat.
d) d) Membaca doa.
e) e) Semua pelajar diminta untuk mengangkat barang- barang dan peralatan dan diletakkan didalam bas.
f) f) Bertolak ke Hutan Simpan Labak, Kinarut pada pukul 2.00 p.m. Setiap pelajar memberi kerjasama dengan sepenuhnya.




Perjalanan ke tapak perkhemahan sangat sukar dan licin.
3.00 p.m – 4.30 p.m a) a) Tiba di Hutan Simpan Labak, Kinarut.
b) b) Pelajar menurunkan barang- barang dan peralatan perkhemahan dari bas.
c) c) Jurulatih memberi taklimat keselamatan.
d) d) Pengarah program mengira jumlah pelajar.
e) e) Pelajar diminta mengangkat barang- barang dan peralatan perkhemahan.
f) f) Bertolak ke tapak perkhemahan.

4.30 p.m – 8.00 p.m







a) Jurulatih memberi ‘Surprise yang pertama’ iaitu situasi jika seorang dari ahli tercedera di kaki, apakah tindakan/ rawatan yang patut dilakukan untuk menyelamatkan ahli tersebut.
b) Pelajar yang mempunyai parang membersihkan tapak perkhemahan, iaitu aktiviti menebang pokok.
c) AJK membahagikan kepada 6 kumpulan untuk mengagihkan makanan dan khemah. Setiap kumpulan mempunyai 3 khemah, satu kotak makanan dan satu set peralatan masakan.
d) Hari semakin gelap, iaitu kira- kira jam 5.30 p.m pelajar mendirikan khemah dan mengutip kayu api untuk mendirikan api untuk memasak.
e) Sebilangan pelajar lelaki mengikut jurulatih membuat tandas dalam hutan.
f) Pelajar menbuat persiapan diri untuk aktiviti yang seterusnya. Kebanyakan pelajar perempuan yang mengendalikan situasi ini.
Pelajar lelaki membersihkan tapak perkhemahan.
Kami perlu cepat-cepat mendirikan kem dan memasak kerana hari sudah semakin gelap dan susah untuk melihat.

8.00 p.m – 9.00 p.m a) a) Disebabkan hujan LDK 1 iaitu ice- breaking tergendala. Semua pelajar berada dalam khemah masing- masing.
9.00 p.m – 11.00 p.m


a) a) Hujan telah berhenti, AJK aktiviti mengagihkan kumpulan untuk aktiviti akan datang.
b) b) Setiap pelajar hendaklah membuat nama hutan kepada diri mereka masing-masing lalu ahli-ahli yang lain perlu ingat nama hutan ahli kumpulannya sendiri.
c) c) Setiap kumpulan dikehendaki berbincang persembahan akan dilakukan pada malam talentime.
d) d) Pengarah memberi taklimat keselamatan dan senarai pelajar yang berjaga malam.
e) e) Semua pelajar balik ke khemah masing- masing untuk berehat. Yang ditugaskan berjaga malam mereka tidak tidur dan bergilir-gilir untuk berjaga malam.

.




Pelajar lelaki yang ditugaskan berjaga malam.


10 Oktober 2009
5.30 a.m – 8.00 a.m a) a) Pelajar muslim menunaikan solat subuh.
b) b) Pelajar membuat sarapan dan persiapan diri. Disebabkan kebanyakan pelajar belum bangun, senaman pagi dibatalkan.
8.00 a.m – 11.00 a.m
a) Jurulatih memberikan ‘surprise yang kedua’ iaitu membuat kapal layar dengan menggunakan sumber yang terdapat dalam hutan dalam masa 15 minit..
b) Selepas habis membuat kapal layar, kapal layar dinilai oleh jurulatih berdasarkan kekemasan,keunikan dan kriteria-kriteria yang diperlukan.
c) Selepas itu jaurulatih memberikan ‘surprise yang ketiga’ iaitu permainan traditional, konda kondi. Jurulatih membuat pertandingan antara kumpulan dalam permainan ini.
d) Selepas itu, kapal layar yang telah dibina oleh setiap kumpulan akan diuji dan dilepaskan dekat sungai yang berhampiran. Aktiviti yang diatur oleh jurulatih memang memeranjatkan kerana kami langsung tidak tahu dalam hutan boleh membuat kapal layar dan kebanyakan pelajar pertama kali bermain konda-kondi. Cuma seorang saja yang sampai ke peringkat 3.

11.00 a.m – 2.00 p.m a) a) Semua pelajar memasak makanan tengahari dan membuat persiapan diri untuk aktiviti yang seterusnya.
2.00 p.m – 3.30 p.m b) a) AJK aktiviti membuat LDK 2 iaitu perah air bawang putih. Dalam aktiviti ini setiap kumpulan diberikan bawang putih untuk memerahkan airnya dan kumpulkan dalam satu bekas. Sesiapa dapat mengumpulkan banyak air bawang putih dikira pemenang.
c) b) Seterusnya LDK 3 ialah ingat jangan tak ingat. Setiap kumpulan akan diberikan 1 ayat yang panjang untuk diingati. Orang yang pertama bertanggungjawab mengingati ayat tersebut lalu melafazkannya kepada orang kedua. Proses ini akan berjalan sampailah orang yang terakhir akan mencatatkan ayat yang telah diterima olehnya. Kumpulan 2,3 dan 4 gagal memerah air pada bawang putih kecuali kumpulan 1 sahaja yang Berjaya memerahnya.

Disebabkan kesemua perkataan yang digunakan hamper sama,oleh itu susah untuk diingati.
3.30 p.m – 4.30 p.m a) a) Setiap kumpulan mula raptai dan membuat latihan untuk persembahan mereka pada malam talentime.
b) b) Jurulatih mendemonstrasikan cara membuat perangkap dalam hutan kepada pelajar. Semua pelajar bertungkus lumus memainkan peranan masing-masing.
4.30 p.m – 8.00 p.m a) a) Pelajar lelaki mengutip kayu api untuk unggun api.
b) b) Pelajar muslim menunaikan solat asar pada pukul 5.30 p.m.
c) c) Pelajar bukan muslim menyediakan makan malam.
d) d) Jurulatih dan pelajar mendirikan tempat BBQ untuk memanggang ayan.
e) e) Pelajar makan dan membuat persiapan diri. Malam ini adalah malam yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar,di mana ada hiburan dan ayam panggang.
8.00 p.m – 9.00 p.m a) a) Jurulatih memberikan ‘surprise yang keempat’ iaitu night walking. Pelajar dilarang membawa lampu suluh dan telefon semasa membuat aktiviti ini. Dalam night walking ini, setiap kumpulan diberi 4 biji telur sebagai amanah. Aktiviti ini menonjolkan sikap bantu-membantu dalam diri setiap pelajar.
9.00 p.m – 10.30 p.m a) a) Setiap kumpulan membuat persembahan pada malam talentime dan dinilai oleh juri-juri yang telah dilantik. Juri-juri yang dilantik terdiri daripada 4 orang pelajar.
10.30 p.m – 11.00 p.m a) a) Pelajar membuat persiapan diri dam berehat.
b) b) Yang ditugaskan berjaga malam bergilir-gilir untuk berjaga. .
11 Oktober 2009
5.30 a.m – 8.00 a.m a) a) Pelajar muslim menunaikan solat subuh.
b) b) Pelajar membuat sarapan pagi dan mempersiapkan diri. Sepatutnya senaman pagi diadakan memandangkan semua pelajar pun lewat bangun maka aktiviti ini dibatalkan.
8.00 a.m – 9.00 a.m c) a) Jurulatih memberi ‘surprise yang kelima’ iaitu membuat kek dalam hutan dengan menggunakan biskut dan 2 biji telur. Aktiviti ini memang memeranjatkan kerana pelajar tidak pernah membuat kek dalam keadaan yang serba kekurangan.
9.00 a.m – 10.00 a.m d) a) Pelajar mengemas barang masing-masing, perkhemahan dan peralatan memasak.
e) b) Mengutip sampah di tapak perkhemahan.
10.00 a.m – 12.00 p.m f) a) Jurulatih memberi ucapan, seterusnya pengarah program member ucapan.
g) b) Majlis penutupan perkhemahan.
h) c) Meninggalkan tapak perkhemahan pada pukul 12.00 tengahari. Walaupun keberatan meninggalkan tempat itu, namum pengalaman yang dinimba takkan dilupakan.

6.4.PERGERAKAN
Pada 9 Oktober, pelajar mula bertolak dari pejabat keselamatan pada pukul 2.00 petang dan tiba pada pukul 3.00 petang. Pelajar kali pertamanya melalui denai-denai dan jalan yang licin untuk sampai ke tapak perkhemahan. Pada 11 Oktober, peserta mula mengemas dan bertolak pulang ke UMS pada pukul 12.00 petang dan tiba pada pukul 2.30 petang.

7.PENCAPAIAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan kali ini berjalan dengan lancar, tidak ada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini semasa berkhemah dan memenuhi semua objektif perkhemahan. Dalam perkhemahan ini pelajar berpeluang mempelajari pengetahuan yang tidak dipelajari dalam kuliah dan memberikan pengalaman baru dan mencabar pada setiap pelajar untuk dijadikan contoh dan teladan dalam kehidupan seharian mereka.




8.PENGAJARAN
Sepanjang perkhemahan ini berlangsung banyak pengalaman yang kami perolehi.Antaranya ialah mendapat pengalaman yang baru.Bagi kami sebagai pelajar tahun 1,sangat susah untuk mengatur perkhemahan pada tahap universiti. Banyak aspek yang harus diambil kira termasuklah keselamatan, keperluan, kelengkapan, kewangan, dan sebagainya. Walaupun begitu pengalaman dalam merancang dan mengatur peserta perkhemahan yang seramai 60 orang sangat menyeronokkan.
Pada hari pertama perjumpaan sahaja kami sudah mengalami masalah sehinggalah ke akhir aktiviti ini dilangsungkan. Namun berkat semangat kerjasama diantara ahli jawatankuasa perkhemahan serta bantuan dan nasihat daripada jurulatih,semua masalah itu kami hadapi dengan tenang. Pengajaran yang kami dapat ialah setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya jika semua ahli bertanggungjawab dan bekerjasama. Tanggungjawab yang besar dipikul oleh seorang ketua atau pengarah samada dalam kumpulan besar ataupun dalam ajk masing-masing. Walaupun begitu,ketua juga mempunyai kuasa untuk membahagi-bahagikan tugas tersebut yang ‘berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’ .
Syukur Alhamdulillah tiada masalah serius yang tidak diingini berlaku, sesuai dengan matlamat kami untuk ‘pergi dan balik seperti keadaan yang asal’. Semua peserta juga berasa sangat gembira kerana mendapat pengalaman yang baru. Walaupun pada awalnya, terdapat peserta yang berasa gusar untuk tidur di dalam hutan yang asing bagi mereka. Termasuklah ajk keselamatan yang sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan para peserta dalam jumlah yang agak ramai ini.









9.PENUTUP
Ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali jurulatih selaku pensyarah kembara kerana memberi kami pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga ini. Terima kasih juga kepada pihak- pihak Universiti Malaysia Sabah kerana telah membantu kami dari segi kewangan untuk melancarkan aktiviti perkhemahan ini. Akhir sekali, terima kasih juga kepada ajk-ajk yang bertungkus lumus dari mula sampai akhir untuk menjayakan perkhemahan ini. Dan tidak lupa juga terima kasih kepada para pelajar kembara kumpulan 2 kerana mengikuti aktiviti perkhemahan ini dan memberi kerjasama sepenuhnya. Sekian, terima kasih.










Disediakan Oleh, Disemak oleh,


....................................................... ......................................................
Mohd. Izzuddin Fitri Bin Abd Aziz, Encik HamuddinTarinchang,
Pengarah Program Kumpulan 2, Penasihat Program,
UMS SEJATI II (Kembara), UMS SEJATI II (Kembara),
Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah.




LAMPIRAN 1
Pengarah : Mohd.Izzuddin Fitri Bin Abd Aziz
Tim. Pengarah : Fazilah Binti Abd Aziz
Setiausaha : Candy Liew
Bendahari : Jessyca Anak Andrew Mujah
Ajk Keselamatan : Muhammad Nu’aim Bin Md Isa (Ketua)
Hamy Binti Jatong
Lordlennyxcie P.James
Jason Tree
Mohd Taufiq
Kevin Fernandez
Ajk Pengangkutan : Felix Francis (Ketua)
Faviana Danty
Clauria Josais
Dorothy Bukong
Ajk Makanan : Bong Siew Hsia (Ketua)
Dionysia Bt Modingin
Elelia Binti Nahun
Mohd.Shahirman Bin Mohd.Sukri
Ajk Peralatan : Mohd.Zafari (Ketua)
Azati Hanani Bt Ghazali
Camilla Ak.Monti
Audrie Ivy Genautry
Ajk Aktiviti : Haznida Bt Shamsuddin (Ketua)
Kiasatina Btb Ahmad shauri
Nabila Bt Zakaria
Joginder Kaur a/p Cuar
Ajk Tajaan : Fatin Nor Atiqah Ahmad (Ketua)
Nadiah Mardihah Binti Mohd Masran
Adilah Bt Zakaria
Mena ak Bangkong



LAMPIRAN 2
Aturcara aktiviti perkhemahan kumpulan 2
Masa Aktiviti Catatan
9 Oktober 2009
9.00p.m– 10.30p.m Ice breaking Dibahagikan kepada 4 kumpulan besar. Setiap pelajar perlu memikirkan 1 nama hutan. Selepas itu setiap ahli kumpulan tersebut perlu mengingati nama hutan ahli kumpulannya dalam masa 15 minit. Sesiapa yang gagal mengingatinya akan didenda. Pada masa ini juga setiap kumpulan berbincang mengenai persembahan pada malam talentime.
10 Oktober 2009
8.00a.m- 11.00a.m Pembinaan rakit Para peserta diminta membina rakit mengikut kreativiti sendiri. Peserta mula menebang pohon buluh untuk membina rakit. Rakit ini perlulah boleh dilayarkan dan mempunyai layar.
Konda kondi Setiap kumpulan perlu menghantar 6 orang ahli untuk main permainan ini. Kumpulan pertama akan bersaing dengan kumpulan lain. Satu kumpulan memulakan dahulu pembalingan anak konda kondi dan pesaingnya perlu menyambut anak ini. Sekiranya anak in dapat disambut dan dapat dipulangkan ke lubang konda kondi, pesaing itu akan mendapat markah dan sebaliknya. Permainan ini mempunyai tiga langkah, iaitu bermula dengan mejongket anak secara melintang, memukul anak dan mejongket anak secara membujur.
Pelayaran rakit Rakit yang telah siap dibina dilayarkan di sungai untuk menguji ketahanan rakit dan untuk menilai tahap keberkesanan rakit itu belayar.
Ingat jangan tak ingat d) Setiap kumpulan akan diberikan 1 ayat yang panjang untuk diingati. Orang yang pertama bertanggungjawab mengingati ayat tersebut lalu melafazkannya kepada orang kedua. Proses ini akan berjalan sampailah orang yang terakhir akan mencatatkan ayat yang telah diterima olehnya.
3.00p.m- 4.30p.m Persiapan bakat talentime Setiap kumpulan diberi masa untuk menbuat latihan dan raptai untuk malam talentime.
8.00p.m- 9.00p.m Night walk Menjelajah hutan pada waktu malam tanpa sebarang lampu suluh dan parang. Aktiviti ini memerlukan kerjasama dari semua orang dan saling bergantung antara satu sama yang lain.
9.00p.m- 10.30p.m Talentime Setiap kumpulan berpeluang membuat persembahannya. Aktiviti ini memerlukan kerjasama kumpulan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahli tersebut.
11 Oktober 2009
8.00a.m- 9.00a.m Kek istemewa Setiap kumpulan diberi biskut, telur dan perisa nanas. Peserta akan memasak kek ini dari bahan yang diberikan dan peserta hanya dibenarkan menggunakan bahan yang diberi oleh jurulatih. Bahan makanan seperti gula dan garam turut dibenarkan.










LAMPIRAN 3
LAPORAN PERBELANJAAN KUMPULAN 2
PERBELANJAAN MAKANAN
ITEM HARGA SEUNIT(RM) KUANTITI JUMLAH(RM)
NYLON 12.50 1 12.50
EGY431 1.20 8 9.60
MEE GORENG 1.30 2 2.60
GOLDEN C 1.10 1 1.10
HOT DOG 2.50 5 12.50
FRESH CH 9.90 3 29.70
IMPORT G 1.37 1 1.37
SUN GLOW 4.50 1 4.50
BISKUT KHONG GUAN 5.20 9 46.80
RED DAISY 2.65 30 79.50
MAGGI 47.20 1 47.20
RINDA 1.60 5 8.00
HOMARK 1.60 2 3.20
RICO HOM 1.60 1 1.60
NOWAY’S 1.09 8 8.72
LOVIN PL 1.60 6 9.60
APOLLO 1.55 2 3.10
GARDENIA 2.39 8 19.12
BISKUT 3.99 1 3.99
EPAL COOKING OIL 1KG 2.75 5 13.75
COCONUT MILK 200G 2.09 3 6.27
AJINOMOTO 72G 1.69 1 1.69
IODINE 500G 0.69 1 0.69
BERAS SIAM 5KG 13.00 1 13.00
BERAS TEMPATAN 10KG 21.50 2 43.00
CURRY CHICKEN 425G 5.50 1 5.50
CHICKEN WING 2KG 11.50 2 23.00
BAWANG MERAH 5.00 1 5.00
BAWANG PUTIH 1.84 1 1.84
TELUR PERTRAY 9.00 3 27.00
MI SEGERA SEKOTAK 37.60 4 150.72
GULA PER PAKET 1.55 2 3.10
GARAM 1.50 2 3.00
TEH 3.90 2 7.80
BISKUT MARY 4.50 15 67.50
SARDIN 2.95 21 61.95
LIPTON 7.65 1 7.65
MARINA G 2.35 3 7.05
JUMLAH 754.21




PERBELANJAAN PERALATAN
ITEM HARGA SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)
MELA BATIK RICE SPOO 3.99 1 3.99
SARAWAK POT 32.99 1 32.99
ALUM KETTLE 89.58 1 89.58
HARDWARE 79.40 1 79.40
RICE SPOON 1.50 2 3.00
CAN OPENER 3.99 1 3.99
BASIN 7.99 2 15.98
BAKAU WOOD 4.99 5 24.95
NYLON STRING 4.99 1 4.99
PISAU 1.80 2 3.60
CAN OPENER 444 4.90 2 9.80
RICE SCOOP 1.70 2 3.40
PAPER PLATE 4.90 1 4.90
FIRE STARTER 2.99 6 17.94
HURRICANE LAMP 255L 2.99 2 5.98
TALI 7.50 1 7.50
KABIDE PACK 6.00 5 30.00
LILIN KOTAK 4.90 3 14.70
MINYAK TANAH LITER 2.50 5 12.50
GARBAGE BAG 3.00 2 6.00
LAIN-LAIN 70.50
JUMLAH 445.69

LAIN-LAIN
ITEM JUMLAH (RM)
MINYAK KERETA 30.00
ALAT TULIS 60.00
KAIN HITAM 4.00
CENDERAMATA 40.60
PLASTIK SAMPAH 7.00
BAYAR KEPADA BONG SIEW HSIA 500.00
FOTOSTET 24.15
JUMLAH 665.75
JUMLAH KESELURUHAN
PERKARA JUMLAH (RM)
MAKANAN 754.21
PERALATAN 445.69
LAIN-LAIN 665.75
JUMLAH 1865.65

LOKASI PEMBELIAN:
Giant Hypermarket One Borneo, Giant Supermarket Kingfisher, Kolombong Marketing SDN BHD, Milimewa superstore, Parkwell Dipartment Store Likas Servay Hypermarket Likas, Pembekal Alat Tulis Kinabalu SDN BHD, Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman.




LAMPIRAN 4
Galeri:








( Ganbar 1: kami mandi sungai ) (Gambar 2 : kami diberi taklimat oleh jurulatih)


( Ganbar 3: kami memasak nasi ) (Gambar 4 : kami diberi taklimat oleh jurulatih)












( Ganbar 5: Membersihkan Kawasan ) (Gambar 6 : kami melakukan aktiviti)










( Ganbar 7: Pertandingan kapal layar ) (Gambar 8 : kami meredah hutan)












( Ganbar 9: kami siap memasang kem ) (Gambar 10 : kami memeriksa barang)











( Ganbar 1: kami Memungut sampah ) (Gambar 2 : Kami membakar sampah)










( Ganbar 1: kami memasak kek ) (Gambar 2 : kami menaiki bas)











( Ganbar 11: Pertandingan Kek ) (Gambar 1 2 : kami meredah hutan)













( Ganbar 13: Pemandangan tempat mandi ) (Gambar 14 : kami mendengar briefing)












( Ganbar 15: sempat bermain konda-kondi ) (Gambar 16 :Jurulatih merasa kek)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...