Langkau ke kandungan utama

Kemunculan Tarian Sebagai Satu Bidang Seni

Pengenalan.
Menurut kamus dewan seni didefinisikan sebagai karya yang dicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan.Manakala kesenian bermaksud perihal seni yang berkaitan dengan seni,keindahan atau kehalusan.
Seni merupakan satu cara dalam menzahirkan apa yang tersirat di dalam diri seseorang. Walaupun dalam dunia yang serba-serbi canggih, namun manusia ada ketikanya akan menzahirkan perasaan,pendapat atau perbuatan dalam bentuk puisi, pantun, lirik lagu, syair gurindam, perumpamaan dan sajak. Kesemua ini jelas menunjukkkan bagaimana seni itu menzahirkan sesuatu yang berkaitan dengan keindahan.Namun begitu setip seni itu mempunyai mesej yang jelas. Dr. Sidi Gazalba menyatakan bahawa: …seni itu indah dan indah itu adalah baik. Menurut beliau sesebuah karya seni itu perlu ada unsur-unsur kebaikan, kebenaran dan nilai-nilai moral yang tinggi.
Seni boleh dihasilkan tanpa penonton tetapi tidak sekiranya tidak mempunyai nilai-nilai estetika didalamnya. Selain itu,Sesebuah seni itu memerlukan apresiasi. Jika tidak,karya itu tidak akan member makna kepada penonton atau orang yang menilai sesuatu seni tersebut. Apresiasi ialah suatu pengiktirafan terhadap karya seni secara formal atau tidak formal. Apresiasi seni itu juga berada dalam ruang lingkup disiplin seni. Untuk mencapai suatu disiplin seni itu perlu melalui dua pendekatan iaitu melalui pemahaman seni yang dibuat dan kajian yang dijalankan menurut kronologi zaman. Menurut Tansley dan Kliener(1996):Pendekatan melalui kajian dan pemahaman seni yang dibuat melalui kajian perkembangan seni menurut kronologi zaman. Kedua menurut Otto G.Ocvirk (1994) ialah kajian dengan membuat apresiasi karya itu sendiri.
Seni akan berbeza-beza menurut apa yang dimahukan oleh pembuatnya. Ia boleh lahir dari beberapa aspek seperti pemikiran, zaman, agama, budaya ataupun secara abstrak. Seni yang dihasilkan juga tidak akan dapat memenuhi keseluruhan kehendak keseluruhan penonton seni, tetapi mungkin kepada sebilangan sahaja. Ini mungkin disebabkan mesej yang ingin disampaikan berlainan dengan penerimaan penonton seni. Seni boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah bidang visual yang meliputi fotografi, lukisan, catan dan cetakan. Bahagian kedua ialah bidang binaan yang meliputi seni bina, kraftangan, kerja seni yang melibatkan pelbagai jenis bahan contohnya seramik, tekstil, anyaman dan lain-lain. Bahagian yang ketiga pula ialah bidang seni persembahan yang meliputi drama, music, tarian dan teater.

Sejarah Tarian.
Tarian dikatakan wujud semenjak wujudnya tamadun awal manusia. Asalnya tarian bermula daripada upacara ritual yang bertujuan untuk memuja semangat tertentu mengikut amalan masing-masing. Semasa zaman primitf, upacara ini dipengaruhi oleh keadaan sekeliling ataupun kosmos. Upacara pemujaan ini muncul akibat beberapa sebab seperti masalah kebuluran, kemarau yang panjang, dan wabak penyakit. Mereka mula mempercayai bahawa terdapat bahawa terdapat kuasa lain yang menyebabkan perkara ini, maka mereka melakukan upacara-upacara ini. Selain daripada upacara memohon sesuatu daripada kuasa alam, upacara ini juga diadakan bagi majlis-majlis tertentu-tentu, contohnya majlis bayi yang baru lahir, dan untuk memperingati mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesuatu organisasi atau puak.
Tarian juga dipengaruhi oleh gerakan kehidupan seharian.Contohnya dalam pergerakan penanaman padi,menahan rasa lapar ataupun menundukkan kepala tanda sebagai menghormati seseorang.Tarian pada zaman ini juga dipengaruhi oleh aspek emosi seseorang. Contohnya apabila ingin menunjukkan situasi marah,tarian yang dipersembahkan akan ditunjukkan dalam keadaan yang lebih tegas. Tarian ini diciptakan dan dipersembahkan bukan dalam bentuk hiburan tetapi lebih kepada tujuan perlindungan kepada sesuatu organisasi ataupun puak tertentu.
Selain itu,tarian juga dipercayai sebagai salah satu alat komunikasi awal manusia dalam bahasa dan gerak tari itu sendiri. Mereka mengambil gerakan tari tersebut melalui pemerhatian mereka terhadap alam sekitar.Melalui pemerhatian inilah maka gerakan ini terhasil.Sebagai salah satu tradisi yang sudah tua,tarian awal tidak memerlukn sebarang peralatan dari segi persembahan dan juga aksesori yang dikenakan.Hanya memerlukn tubuh badan manusia sahaja.
Kewujudan tarian sebagai satu bidang seni dikatakan berdasarkan abjad tari dan persembahannya mempunyi nilai-nilai estetik yang tinggi.Suatu pergerakan,ragam atau pola lantai yang terhasil juga mempunyai maksudnya yang tersendiri



Contoh-contoh Tarian Barat
Tango
Tango merupakan tarian yang berasal dari Buenos Aires di Argentina. Tango telah berkembang di Argentina dan Uruguay pada kurun ke 19. Tarian tango adalah campuran musik eropah, afrika dan gauchos ataupun golongan koboi di amerika selatan. Pada masa itu mereka menganggap Tango adalah salah-satu cara hidup, dan merupakan tarian untuk menyampaikan perasaan. Pada awalnya tango di gelar Tango Criollio. Pada masa kini terdapat beberapa jenis Tango, contohnya Argentine Tango, Ballroom Tango, Finnish Tango dan Chinese Tango. Music dan elemen tarian Tango amat menarik, ia memberikan perasaan yang dramatic dan peluang untuk membuat tarian yang lebih baik, berkisarkan cinta. Tango ditarikan didalam barisan, dengan menggunakan postur badan yang dekat, dada dan pipi bertemu antara dua penari. Namun Tango Nuevo telah menukar dan membenarkan tarian ini bergerak secara bebas tetapi satu perkara yang pasti Tango bukanlah tarian berulang dan sentiasa dalam mod improvisional.
Mambo
Tarian Mambo sangat popular dan merupakan tarian yang berbentuk sensual, dengan rentak Afrika dan Cuba. Nama Mambo berasal dari Bantu Drum. Ayat Mambo bermaksud “ berbicara dengan tuhan” dan gendang ini digunakan untuk upacara ritual dan sakral. Tarian ini merupakan tarian yang dikembangkan dengan dari negara inggeris dan menyusup ke Cuba melalui imigran. Ia dinamakan sebagai Danza, iaitu tarian Cuba. Tempo dan pergerakannya ini kemudian bergabung dengan rentak Afrika dan Cuba secara perlahan-lahan dan kemudian menghasilkan satu rentak dan gaya baru.
Peredaran zaman turut mengubah tarian Mambo ini daripada upacara ritual kepada pertandingan. Semasa dalam pertandingan,setiapn pasangan akan mencuba sesuatu yang baru agar tarian ini kelihatan lebih meriah.Tarian ini agak berbeza daripada tarian yang lain akibat daripada perasaan sensual yang disengajakan dan aspek dramatik yang ingin disampaikan. Dalam persembahan tarian mambo moden,para penari haruslah mematuhi etika-etika tarian untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.



Contoh Tarian di Malaysia
Tarian Mangunatip
Selain itu,terdapat juga tarian yang di tarikan dalam etnik di Malaysia khususnya Sabah seperti tarian mangunatip. Tarian manggunatip ini ditarikan oleh suku kaum murut Kuhijau (Kwijau) di daerah Tenom. Hal ini kerana daerah Tenom mejoritinya diduduki oleh suku kaum Murut. Selain daripada itu, tarian manggunatip ini juga berasal daripada perkataan ”magansip” dalam bahasa murut Timugon yang bererti ketip dan dari perkataan ”magansip” ini diubah kepada ”manggunatip”. Selain itu, tarian manggunatip ini juga berasal daripada perkataan ”apit” yang bermaksud jepit. Hal ini membawa maksud, ketika menari kaki penari terjepit atau terapit diantara dua batang kayu (buluh).
Pakaian Tradisi Mangunatip
Pakaian tradisi untuk penari perempuan dalam tarian manggunatip ini di panggil pinongkolo, pipirot, salupai, sinikot, rarangkol, dan holong. Pinongkolo merupakan pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi linantian. Pipirot merupakan antara perhiasan yang digunakan oleh penari perempuan, dimana pipirot ialah tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod. Manakala salupai pula merupakan hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik. Sinikot pula merupakan hiasan yang digunakan pada rambut. Sinikot merupakan tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik. Rarangkol pula adalah rantai leher yang dihiasi oleh manik-manik yang di pakai oleh penari perempuan. Rarangkol merupakan rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya. Holong pula merupakan beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.
Pakaian tradisi untuk penari lelaki dalam tarian manggunatip pula dipanggil babaru puputul, aba puputul, dan tupi’ sinulatan. Babaru puputul merupakan Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana. Aba puputul pula merupakan cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang. Antara hiasan bagi penari lelaki ialah tupi’ sinulatan. Tupi’ sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot. Pakaian yang dipakai oleh penari yang dihiasi oleh manik2manik itu menpunyai motif-motifnya tersendiri.
Antara bentu-bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut ialah sinasau’ iaitu corak bulu burung merak, inimbaru iaitu corak berbentuk lintah, inakaong iaitu corak berbentuk daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan, kalayam manuk iaitu corak berbentuk kaki ayam, sinusulou iaitu corak berbentuk sulou (sulou = kerang besar), dan mato nu orou yang coraknya berbentuk matahari.
Alat Muzik
Terdapat pelbagai alat muzik digunakan untuk upacara-upacara yang tertentu. Pada masa yang sama, alat-alat muzik ini berfungsi sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa dan adakalanya sebagai peralatan ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis). Di sabah, khusuhnya dareah Tenom ini, menggunakan paluan gong dan kulintangan sebagai muzik yang mengiringi tarian manggunatip ini. Terdapat beberapa jenis bunyi gong. Antaranya ialah Talacakon, Lakuyon, Langikon , jojolon, Alipangon, Igalon, Tingkaraan, Kutambuon, Taubon, dan Canang .
Tetapi bagi tarian manggunatip ini, ianya diiringi oleh paluan gong yang diberi nama tingkaraan. Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan juga diperbuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Selepas selesai menari tarian manggunatip ini, alat muzik yang digunakan mestilah disimpan dengan elok. Hal ini kerana, alat muzik yang digunakan ini (gong) mempunyai pantang larangnya yang tersendiri. Antaranya ialah, gong yang digunakan tidak boleh dipijak dan tidak boleh di duduk. Jika ada yang terlanggar pantang-pantang ini, beliau akan mendapat bala. Antaranya ialah, akan mendapat kesusahan dan mausung dalam bahasa Murut atau punggungnya akan besar.
Asal-usul alat-alat muzik tradisional adalah masih lagi dalam kesamaran lantaran tiada bukti yang kukuh mengenai kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakkan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Pengaruh animisma begitu dominan sekali dan penting sebagai "perlude" dalam setiap persembahan Wayang Kulit dan Mak Yong di Kelantan pada satu ketika dahulu. Namun setelah kedatangan agama Islam maka disiplin teater berkenaan telah menjadi lebih murni dan bermoral. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala "jampi serapah" telah digantikan dengan "doa-doa" pendek.
Sejarah muzik Melayu juga harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian negeri Thai, Kampuchea dan Filipina. Terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik yang digunakan. Walaupun telah dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik asing misalnya muzik dari Timur Tengah, Hindu, Indonesia dan Thai, bentuk dan jenis muzik Melayu berjaya mewujudkan identitinya yang tersendiri. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat telah membuktikan bahawa alat-alat dari jenis "knobed gong" dan "mouth organ" seperti "Sompoton" dan "Engkerurai" yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah bermula dari kawasan Asia Tenggara dan tidak pernah menerima pengaruh dari luar.
Pendek kata kebanyakan alat muzik Melayu, kecuali alat-alat gamelan dan angklung adalah berasal dari Timur Tengah dan India serta dibawa ke dunia Melayu melalui agama Hindu dan Islam. Rebab, gendang, rebana, tar dan serunai menyokong pendapat ini. Hanya gong sahaja berasal dari Asia. Lama-kelamaan alat-alat ini telah diserapkan ke dalam negara masing-masing dan membentuk ciri-ciri yang tersendiri tanpa kehilangan identiti asal mereka dan telah digabungkan dengan alat-alat muzik lain untuk menghasilkan muzik Melayu.
Ragam Gerak Tarian Mangunatip
Kepelbagaian kaum di Malaysia memaparkan keunikan kesenian di antara satu sama lain. Tarian tradisi mencerminkan identiti sesuatu suku kaum dengan agak nyata. Kaum Melayu terkenal dengan langkah-langkah yang lembut dan gemalai, kaum Cina dengan tarian yang berbentuk perlambangan (kipas, payung, topeng) manakala kaum India, tariannya lebih bersifat ritual keagamaan. Selain itu, kaum peribumi pula mempunyai gerak tari yang tersendiri dan mengambilkira unsur-unsur alam sekeliling seperti flora dan fauna. Begitu juga dengan tarian manggunatip ini yang menpunyai ragam geraknya yang tersendiri. Dalam tarian manggunatip di daerah Tenom ini hanya terdapat dua ragam gerak. Iaitu kaki dan tangan.
Ragam gerak tangan ialah gerakan tangan yang lebih tertumpuh kepada bahagian pergelangan tangan. Bagi penari wanita, gerakan ragam gerak tangan adalah lembut. Hal ini dimana kedudukan tangan adalah diparas bahu, dan gerakan pergelangan tangan adalah lembut dan diputarkan mengikuti alunan muzik (gerakan pergelangan tangan adalah mengikut arah jam). Manakala bagi kaum lelaki pula, ragam gerak tangan adalah lebih kasar berbanding penari wanita. Selain itu, kedudukan tangan penari lelaki adalah d atas paras bahu dan separas dengan kedudukan telinga penari lelaki. Pergerakan pergelangan tangan juga diputarkan mengikut alunan muzik (gerakan pergelangan tangan adalah mengikut arah jam). Bagi suku kaum Murut Timugon, gerakan ini bermaksud meraihkan kemenangan selapas berperang dan pergelangan tangan diputarkan mengikut arah jam kerana ingin memanggil orang-orang kampung untuk turut serta menari.
Manakala bagi gerakkan kaki pula, kaki penari akan bergerak ke kanan dan ke kiri mengikut irama muzik dan semasa buluh dipukul atau dikepitkan mangikut rentak gong, penari akan memasukkan kakinya diantara buluh yang dipukul itu. Kecekapan para penari untuk menggelakkan kaki adalah bergantung kepada penari itu. Pada waktu dahulu, kecekapan penari untuk mengelak daripada dikepit kaki adalah penting. Kerana dahulunya, orang dulu mempercayai apabila seseorang itu berjaya menggelakkan kakinya daripada di kepit maka dia seorang yang gagah dan berani. Kerana itulha, tarian ini ditarikan sebelum seseorang itu pergi berperang dan selepas seseorang itu pulang dengan kemenagan dengan membawa kepala musuhnya.


Tarian Adai-adai
Sejarah tarian adai-adai
Tarian Adai-adai merupakan suatu tarian tradisional masyarakat Melayu Brunei yang berada di Sabah,khususnya di Kg.Weston Beaufort,Sabah.Tarian ini pada asalnya merupakan suatu lagu yang berbentuk pantun dan dinyanyikan beramai-ramai.Tiada alat muzik yang khas digunakan pada awal mulanya tarian ini di perkenalkan.Muzik yang dihasilkan adalah hasil daripada hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan dan perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit.Biasanya,tarian ini juga di persembahkan dalam majlis-majlis keramaian.
Tarian yang dilakukan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.
Kesemua tarian suku kaum Kedayan dan Brunei berfungsi sekular, iaitu dipersembahkan hanya untuk hiburan dan keramaian dan bukan untuk memuja roh atau semangat kerana suku kaum ini beragama Islam yang melarang sebarang pemujaan selain Tuhan. Jenis tarian dalam kalangan suku kaum ini ialah mendayut, adai-adai dan samalindang yang ditarikan semasa perkahwinan dan temasya hiburan yang lain. Dalam kalangan suku kaum Kokos terdapat tarian melinggok, dansa dan silong tinubou, dari suku kaum Irranun, tarian anding, dan tarian ambailuk dari suku kaum Tidung.
Ragam Gerak
Tarian Adai-adai ditarikan dengan lenggok tangan yang digerakkan ke atas dan ke bawah,ke hadapan dan ke belakang dengan penuh kelembutan Penari wanita akan memegang satu alat iaitu nyiru atau alat untuk menampi padi.Manakala penari lelaki akan memegang pendayung sampan.Kedua-dua alatan ini melambangkan suasana perkampungan nelayan di sesebuah tempat.Terdapat sesetengah tempat yang tidak menggunakan alatan seperti ini.Pergerakan di antara gerak tari lelaki dan wanita adalah berbeza.Tarian ini mementingkan akan kelembutan lemah gemalainya penari itu sendiri. Persembahan dan pertunjukan tarian tradisi pada awalnya bergantung kepada fungsi sesebuah tarian itu.Namun tarian adai-adai bersifat sekular yang tidak berasal daripada keritualitan.
Pakaian/kostum
Pakaian dalam tarian daling-daling adalah baju kebaya bagi wanita dipasangkan dengan gaun singkat hingga paras lutut.Manakala lelaki memakai pakaian untuk pergi ke laut seperti topi yang berbentuk kon(siraung),seluar singkat hingga paras lutut dan sehelai kain pelikat yang disilang di bahu.Kesemua pakaian tarian ini hampir sama seperti di semua tempat.
Solekan
Tarian adai-adai tidak memerlukan solekan pada asalnya kerana ianya tidak dilakukan untuk beramai-ramai tetapi sebagai penyambut kepada para nelayan oleh isteri dan keluarga mereka.Namun begitu dalam persembahan di istana atau majlis keramaian alat solek di kenakan sebagai penambah seri kepada seri panggung iaitu penari wanita.Solekan ini akan menambahkan lagi seri persembahan dengan keayuan dan kelembutan garap tari tersebut.
Alat-alat muzik
Alat-alat muzik pada awal kemunculan tarian ini diperkenalkan dikatakan tidak ada suatu alat yang khusus.Hal inin kerana mereka hanya menggunakan teriakan mulut,berpantun,menghentak kaki,memukul pendayung di bahagian tepi sampan,buyung atau keduit.Namun begitu,pada masa kini pelbagai alat seperti gong,kulintangan,gamelan dan banyak lagi di adaptasikan ke dalam tarian adai-adai.Peralatan moden atau peralatan barat juga digunakan untuk memeriahkan lagi dan menambahkan nilai estetika dalam tarian tersebut.
Props
Antara props yang digunakan dalam tarian adai-adai ialah pendayung sampan dan nyiru.Props Nyiru berfungsi sebagai alat untuk membawa hasil laut yang di bawa oleh para nelayan.Kaum wanita kebiasaannya akan membawa bersama nyiru ini ketika kepulangan suaminya.Pendayung pula berfungsi sebagai alat untuk menggerakkan sampan atau perahu yang digunakan pada waktu dulu.

Sumber rujukan
Ahmad Rashidi Hasan 2001 Sejarah seni Lukis,Karisma Publications Sdn Bhd.
Asmad. (1990). Kesenian Tari. Associated Distributord (M) Sdn. Bhd., Melaka.
Mohd Ghouse Nasaruddin, (1994). Tarian Melayu Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. (1981). Tarian-tarian Malaysia. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur
Laman web
http://www.dance4it.com/dancehistory.htm)
http://memori-kedah.net/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=10&idskandungan=68&id=370&mtopic=1#
http://www.streetswing.com/histmain/z1s.htm
http://id.answers.yahoo.com
http://www.islam.gov.my
http://id.wikipedia.org/wiki/tari


By,
Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Pengenalan Cerpen

Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita’ dan `Pendek’.Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu.Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan.Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah berkeluarga,berbahasa dan bermasyarakat.Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu. Selain daripada tradisi lisan,terdapa juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen.Tradisi ini adalah perkembangan daripada tradisi lisan itu sendiri.Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.Walaupun tradisi tulisan mula mengambil alih,tradisi lisan itu tidak hilang.Setelah wujudnya alat percetakan dalam kebudayaan tradisi Melayu,tulisan menjadi semakin popular. Secara amnya,kedua-dua tradisi ini termasuk dalam bidang seni.Namun m