Langkau ke kandungan utama

PANGGIL AKU IBUMU !!

SINOPSIS

Pengorbanan seorang ibu kepada anaknya tidak dapat di tandingi oleh sesiapa. Namun, pernahkah kita terfikir sejenak bagaimana seorang ibu menyembunyikan kesakitan yang dihadapi demi anaknya? Walau banyak mana sakit kita, tidak sesakit kesakitan yang dialami oleh seorang ibu. Panggil Aku Ibumu memaparkan memoir seorang wanita yang memelihara anak angkat yang penuh dengan kepayahan hidup menjaga anaknya itu. Setelah tamat persekolahan, Maria bekerja sebagai CEO sebuah syarikat Produk Kecantikan. Dia juga membiarkan ibunya tinggal seorang di kampung. Kerana terlalu leka dengan dunia Maria telah derhaka kepada ibunya. Ibunya dianggap hina dan tidak layak untuk tinggal bersamanya. Dia tidak sedar bahawa syarikat yang diterajuinya selama ini adalah kepunyaan ibunya. Syarikat itu telah diamanahkan kepada En. Jefri dan akan diserahkan semula hanya apabila Maria telah dewasa. Ibu sangat rindu kepada Maria lalu datang menjenguknya. Semuanya menjadi kelam-kabut apabila Maria menendang ibunya di luar pejabat. Ibunya jatuh tersungkur lalu pengsan. Setelah dihantar ke hospital, ibunya didapati koma dan disahkan menghidapi kanser hati. Ketika itulah Maria tahu bahawa ibunya pemilik syarikat tersebut setelah diberitahu oleh En. Jefri. Dia juga telah mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat kepada Pn. Hasnah. Maria dijumpai dibiarkan di sebuah tempat pembuangan sampah. Maria berasa sangat kesal atas segala tindakannya. Dia ingin memohon ampun atas segala dosa-dosanya. Namun, keadaan ibunya tidak mengizinkan Maria berbuat demikian. Ibunya tidak punyai masa yang lama. Hari-hari terakhir hayatnya barulah ibunya tersedar dari koma. Ibu yang menghabiskan sisa-sisa terakhir bersama Maria sudah memadai untuknya meninggalkan dunia ini. Cuma satu yang dipinta, Panggil Aku Ibumu!

By,
Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

POTACHIPS Anjur Pertandingan Ular dan Tangga (Snake & Ladder)

Semalam telah berlangsung satu pertandingan mini di antara tiga Jagoan Kita-Kita Lah Bah Ini. Perlawanan tiga penjuru antara Qijan, Doop dan Misandao. Ia dibuat tiga pusingan dan pemenang mestilah memenangi sebanyak dua kali. Oleh itu, hanya SATU pemenang sahaja akan menerima hadiah berupa POTACHIPS Spicy. Hadiah Utama Keputusan Rasmi Qijan        - 0 Doop        - 2 Misandao - 1 Jadi, pemenangnya adalah Doop! SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN! P/S: Potachips yang kini sedang viral di laman sosial selaku penganjur merupakan pengusaha produk lokal crispy keropok yang berasaskan kentang. Ramai yang menganggap ianya bubuk sebenarnya bukan. Ia adalah kentang yang digarut halus dan digoreng bersama kacang dan bilis. Ia sangat sedap dimakan begitu saja atau dicampur dengan bubur, maggi, mee goreng dan nasi panas. Dapatkan tester anda sekarang dengan menghubungi saya:  0168051710 Khalas.

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...