Langkau ke kandungan utama

Sastera

Semakin kita mendalami sastera akan semakin kompleks jadinya. Penilaian sastera adalah penilaian tentang keestetikaan sesebuah karya dalam proses penghasilan idea idea untuk memberi nafas baru kepada karya-karya sastera. Ilmu sastera adalah sebuah ilmu yang sangat meluas merangkumi sosial, agama, sains dan teknologi, dan ekonomi serta pelbagai lagi ilmu lain. Para penggiat sastera merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengekalkan dan memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan sastera itu berterusan. Penghasilan karya sastera kini di tunjangi oleh akar budaya dan kesenian. Karya yang dihasilkan akan menjadi lebih bermutu di mata pengkritik-pnegkritik sastera. Keindahan budaya itu sendiri telah menjadikan sesebuah karya itu memiliki kepunyaan atau kelainan tersendiri. Cara penyampaiannya juga memberi kepada proses pemberian makna kepada sesebuah masyarakat.
Dalam abad ke 21 ini, nampaknya semakin menginginkan kecanggihan dan keterkinian dalam semua benda. Setiap insan selalu meng ‘update’ kesemua hal, paling ketara adalah dalam aspek teknologi. Dunia semakin canggih dan semakin siber. Maka wujudlah juga ‘Sastera Siber’. Campur tangan teknologi terhadap saster kini menyebabkan wujudnya satu lagi bentuk medium atau ‘platform’ penyampaian sastera kepada audiens. Fenomena seni ini mengakibatkan kegiatan sastera semakin pantas dan meluas seluas jaringan atas talian ke seluruh dunia. Dunia dihujung jari bagai suatu infeksi yang menggalakkan jari jemari para penggiat sastera menulis secara giat dan semakin meriah. Jari-jemari ini semakin ringan akibat ‘ubat’ yang disuntik serta semakin banyak ilmu yang dapat dikongsikan bersama.

Ulasan

  1. satu fenomena yg bagus kan :)
    sbb walaupun zaman trus bkmbang, sastera ttap hidup.

    BalasPadam
  2. Ya....sekarang ne sastera siber menarik perhatian...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...