Langkau ke kandungan utama

Sembang Hari Ini

Hari ini 21/3/2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mukaddimah

Selamat berblogwalking kepada semua rakan-rakan blogger terutamanya daripada Sabahan Blogger Mania. Blogger-blogger yang ada di dalam tu semuanya hebat-hebat. Saya masih lagi baru dalam blogging. Harap rakan dari blogger ada yang sudi mengajarkan hamba yang buta IT ne.

Rasa seronok semasa membuat blog ini, sedikit sebanyak melatih diri untuk bersabar. Saya mula bergiat dengan blog ini pada tahun 2009. Namun, ketika itu saya masih bersekolah di sekolah menengah. Saya biarkan saja blog ini begitu saja. Lagipun masa tu masih tidak tahu apa-apa. Apa barang itu code template. RSS feed, Dashboard, Sign In, Posting, Comments dan sebagainya...

Alhamdulillah setelah bekerja keras dan banyak bertanya kepada rakan-rakan mengenai editting ne, nah akhirnya dapat jua  saya menghasilkan blog macam yang dimahukan sekarang ne. Kalau dulu main hentam  keromo saja, tidak tahu apa fungsi dan macamana ianya berfungsi. Now much better lah, belum hebat lagi la...


Tujuan

         Sebenarnya, saya membuat blog ini sama juga seperti hasrat blogger-blogger lain, iaitu hasrat untuk berkongsi. Banyak lagi hasrat lain, tapi bagi saya, Blog ini adalah sebagai medium saya untuk menghasilkan karya...Sebagai pelajar penulisan Universiti Malaysia Sabah, saya rasa saya harus mempersembahkan hasil-hasil tulisan saya ini.

         Disamping itu, dengan adanya blog sebegini dapatlah saya melatih diri untuk menulis. Selain menulis, saya juga suka membaca blog-blog lain terutamanya yang memberi fakta-fakta atau cerita-cerita yang menarik. Dunia maya saya kini juga menjadi lebih bermakna berbanding daulu. Jika dahulu saya melayari internet semata-mata untuk bermain Online Game atau membuka jaringan sosial. Setelah beberapa bulan, saya menjadi semakin bosan dan menyampah dengan aktiviti ini. Hampir setahun juga saya menghabiskan masa berfikir akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan berunsur ilmiah yang tersedia ini. Ternyata memang tidak membosankan. Selain blogger, saya juga ada membuat laman web lain laman sosial iaitu Faceebook, Wordpress, Twitter, Friendster, MyJournal, Flickr, Youtube, Wix, Opera Unite, dan pelbagai lagi...Sememangnya kesemua ini lebih bermanfaat daripada melayan cerita-cerita dongeng online game dan laman-laman sosial (yang digunakan untuk berhibur).

Kini, Blogging telah menjadi sebahagian hobi terbaru saya...

Oleh itu, saya berjanji akan mengongsikan perkara-perkara yang bermanfaat sebagai ratahan minda pembaca semua.

Sekian, Terima Kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Pengenalan Cerpen

Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita’ dan `Pendek’.Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu.Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan.Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah berkeluarga,berbahasa dan bermasyarakat.Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu. Selain daripada tradisi lisan,terdapa juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen.Tradisi ini adalah perkembangan daripada tradisi lisan itu sendiri.Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.Walaupun tradisi tulisan mula mengambil alih,tradisi lisan itu tidak hilang.Setelah wujudnya alat percetakan dalam kebudayaan tradisi Melayu,tulisan menjadi semakin popular. Secara amnya,kedua-dua tradisi ini termasuk dalam bidang seni.Namun m