Alkisah maka tersebut la kisah....
Dalam Bilik
Semasa di bilik, saya sedang mem'playang' lagu 'The Hungry Cat' dan lagu 'Kenapa' kepada Rick Casanova ( watak casanova dalam video klip 'Cassanova' lagu The Lemon Tree)
Sedang membancuh nescafe 3 in 1
Kemudian dia memberi idea, Kenapa tidak buat sebuah lagu tentang secawan kopi? (kira dia cabar lah membuat lagu macam tu)
Aku pun selamba la mencari melodi tersebut. Cari-cari punya cari, terkeluar perkataan pertama "Aku Minum Kopi Secawan" dan "Sambil membaca Berita Harian"
Kemudian, Rick Cassanova masih lagi mencicah biskut dalam nescafenya sambil menyambung ayat seterusnya. Nyanyi punya nyanyi, aku pun bagi idea suruh Rick Casanova tulis dalam sekeping kertas :
Macam ne lah kertasnya itu.
Sesudah siap lagu tersebut, kami pun tidur senyum-senyum.
Keesokannya pada waktu petang aku pun ge rakam la lagu ini dan memuat naikkannya ke youtube..
Sinopsis
Lagu ini berkisar tentang seorang jejaka yang tampan sedang menikmati secawan kopinya di luar rumah pada waktu hujung minggu. Dia sangat menikmati kesedapan dan aroma kopi yang di buat itu.
Akibat aroma kopi yang sangat menyenangkan itu,
Dia merasakan seperti di bawa ke dalam sebuah dunia fantasi.
Dia ternampak seekor lembaga yang pelik. Dia berjalan terkinja-kinja dan melucukan menyebabkan jejaka itu ketawa. Menyedarkan ketawaan lelaki tersebut, makhluk asing itu pun pergi ke arahnya dan menerjang kepala lelaki tersebut hingga terbang.
Jejaka itu tersedar daripada lamunannya dan ketawa sendirian. Telefon yang berdering pun tidak diendahkan kerana sangat teruja dengan kenikmatan "KOPI SECAWAN"
Nilai dan Pengajaran
Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada dan jangan mentertawakan orang lain.
Kita harus minum kopi pada waktu pagi dihujung minggu untuk sebagai satu riadah.
Jangan berkhayal pada waktu pagi kerana semuanya bermula pada waktu ini. Jika ada panggilan harus di angkat.
Berkhayal itu bagus untuk menyedarkan kita tentang realiti
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.