Assallamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini mau bercerita pasal muzik yang aku suka.
Aku sukakan muzik-muzik orkestra. Muzik orkestra dimainkan oleh sebuah kumpulan orkestra. Antara lagu yang aku dengar sekarang adalah daripada Paul Mauriat, Bach, Johann Sebastian (1685-1750), The Best Of Adrea Bocelli, September Song - Andre Kostelanetz, Romance Of Rio - Os Sofisticado, Kitaro-1980+Meets the London Symphony Orchestra-silk road suite dan banyak lagi. Kesemua lagu-lagu ini memiliki cerita tersendiri dan disampaikan melalui susunan muzik yang siuk didengar. Berbanding mendengar lagu-lagu genre lain, lagu sebegini nampaknya tidak menyakitkan telinga serta dapat menenangkan jiwa. Ada diantara anda mungkin belum pernah mencuba atau tidak suka dengan lagu-lagu sebegini. Seperti saya juga dahulu, tidak sukakan lagu sebegini. Hanya suka mendengar lagu-lagu metal dan rancak. Tapi lama-kelamaan, minat terhadap muzik metal itu semakin terhakis kerana ianya menyakitkan telinga. Belum cuba belum tau, sudah cuba baru tau. Jadi, jangan tunggu lama-lama. Download lah album-album orkestra yang ada. Semestinya menjanjikan anda sebuah pengalaman yang berbeza seperti yang saya alami.
Selamat Mencuba
Sekian buat masa ini..
:D
Selamat Mencuba
Sekian buat masa ini..
:D
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.