Langkau ke kandungan utama

Fuh! Penat Berjalan

Salam Sejahtera dan Salam Blogger semua

Entri kali ini mengenai "Fuh! Penat Berjalan" (tak tau mau simpan tajuk apa) :D

Sebenarnya bukan berjalan menggunakan kaki. Tapi "Berblogwalking".

Aduh macam macam input saya dapat. Ada yang juga yang lucu, ada juga yang lucah, ada juga yang sedih...macam-macam lah.

Pastu saya cuma nak Kongsi ("Segalanya Tentang Perkongsian" kan) :D

Kepada blogger semua, apa yang diharapkan semasa saya membaca ialah:

1) Bagilah salam kepada pembaca dalam setiap entri. Alah mukaddimah.

2) Janganlah simpan terlalu banyak widget. Sampai setengah jam saya tunggu loading x siap2. (mgkin internet connection saya yang lemah kot (^_^)*.

3) Pandai-pandailah pilih kaler blog jangan ada yang bikin sakit mata masa membaca. Walhal topiknya siuk dibaca.

4) Font. Font juga memainkan peranan. Janganlah terlalu kecik sakit mata eh membaca kalau kecik sangat.

5) Tulislah menggunakan bahasa Melayu yang boleh saya faham. Maksudnya kalau ada bahasa etnik, kasi translate bah... :D.

Thats why Facebook feymes, sebab dorang tak guna widget banyak, and then warna kaler biru dan putih tak sakit mata. Pastu boleh buka kalau internet slow. Tapi, tak berapa nak suka facebook sebab tulisan kecik.

Itu ja. Jangan marah ah. Saya cuma mau berkongsi pengalaman saya ketika membaca entri kamu ah... :D
Ok, sampai disini saja dulu. Mana tau ada lagi yang tidak ngam bulih kan saya kasi tau.

(^_^)*
P/S: Sorry, saya orang baru juga dalam berblog ni, sebab saya pun baru minat membaca..Sekarang hobi saya membaca blog hehe....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...