Teori ini bermula pada tahun 1900 apabila Wilhelm Dilthey menghasilkan sebuah esei yang bertajuk The Developments of Hermeneutics yang berpaksikan kepada teori pemahaman sejarah. Kemudian pada tahun 1927 Martin Heidegger telah menulis sekumpulan esei yang bertajuk Being and Time yang
membincangkan pendapat beliau sendiri mengenai Hermeneutik.
Teori ini berasal daripada perkataan Greek “Hermeneuien” bermaksud menginterpretasi dan “Hermeneia” secara harfiahnya bermaksud interpretasi. Dikatakan dibawa oleh seorang pembawa utusan pada zaman Greek iaitu “Hermes dan dikatakan Hermes adalah bertugas untuk menyampaikan pesanan Jupiter kepada manusia. Hermes yang digambarkan bersayap juga dikenali seagai Mercurius dalam bahasa Latin. Hermes akan menterjemahkan pesanan dai gunung Olympus. Jika dia salah tafsir ianya akan membawa bencana kepada umat manusia. Oleh itu, Hermes dikatakan mempunyai kemahiran menginterpretasi yang sangat tinggi.
Pengertian Hermeneutik secara umum
Di dalam kamus Webster’s Third New International Dictionary mendefinisikan Hermeneutik sebagai suatu kajian tentang prinsip-prinsip metodologi dalam interpretasi dan penghuraian. Schleiemacher mentakrifkan hermeneutic sebagai suatu seni untuk mengelakkan pemahaman yang salah.
Manakala Richard E. Palmer mengatakan bahawa Hermeneutik adalah sebuah kajian dalam pemahaman terutamanya untuk memahami sesebuah teks.
Selain itu, Peter Szondi pula menyatakan bahawa hermeneutik suatu ketika dahulu bermaksud sebagai suatu system undang-undang dan mengalami perubahan makna iaitu sebagai suatu teori pemahaman.
Bagi E. Sumaryono pula mendefinisikan hermeneutic sebagai “proses mengubah sesuatu atau situasi ketidaktahuan menjadi mengerti”.
Juga bagi Tzventan Todorov memperjelaskan bahawa hermeneutic merujuk kepada aktiviti yang menjurus kepada wacana pemahaman.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.