Yang Hilang

Hidup ini kau kata sebuah pencarian
Mencari yang hilang untuk melengkapkan yang kurang
Berterusan pencarian dalam kehidupan
Mencari cari apa yang hilang
Kerana hilang apa yang ingin dicari
Jangan dicari kemana tuhan menghilang
Tetapi cari kemana diri menghilang
Jauh menjauh jauhi ilahi

Tak sedar diri
Sudah hilang tika mencari-cari
Sebuah pengertian duniawi dan syurgawi
Simpati ilahi kalau kau terus begini
Mencari tuhan, diri yang hilang
Tiada disangka oleh setiap insan

Ditulis oleh,
AcilKecik

Ulasan

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Ingat