Assalamualaikum
Kehadapan para pembaca sekalian.
Hari ini hanya berehat sendirian di bilik. Maklumlah dah habis semester pendek. Jadi, apa yang saya buat ialah menonton anime Jepun iaitu Bleach dari Episod 1 hingga episod 329. Memang best jugalah sebab tiada sudah perkara mahu difikirkan dalam jangka masa pendek ini.
Walaugaimanapun, harus juga saya terima hakikat bahawa semseter baru akan bermula tidak lama lagi. Ini membuktikan bahawa cuti untuk saya berehat juga tidak panjang. Em.. entahlah nak buat apa. Tapi yang pasti, saya kena mengumpulkan cerita Jenaka Masyarakat Brunei sebanyak 100 buah.
Tapi, buat masa ini berehat dulu. Ketika baring-baring atas katil, teringat pula suasana bulan ramadhan yang lalu. Oh ya bulan ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Wah seronoknya kerana hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Masih ingat lagi pertama kali berpuasa penuh selama sebulan. Masa itu, sungguh semangat kerana dijanjikan wang sebanyak RM30 daripada parents. Apa lagi berhempas pulas menahan lapar untuk mendapatkan wang semata-mata. Biasalah masih kecil. Tetapi semasa itulah juga saya mengenali keikhlasan. Kita kena iklaskan diri barulah tidak akan merasa sengsara menahan lapar.
Antara benda yang menjadi keutamaani saya semasa berbuka ialah :
1. Air Tebu
2. Laksa
3. Kek Koko
4. Lagu Harapan Ramadhan
Keempat-empat perkara ini kalau tak ada pun tak apa. Yang penting ini lah saya suka hehe.
Baiklah sampai disini dahulu warkah saya ini.
Yang Benar,
(^_^)
Acil
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.