Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kehadapan saudara di sana
Kehadapan saudara di sana
Apa khabar sihat? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Aku sihat saja disini bersama keluarga.
Aku baru saja pulang dari kampung melawat nenek. Aku dan bapa memasang sinki baru. Supaya senang mencuci pinggan mangkuk. Nenek pun sihat alhamdulillah.
Warkah kali ini adalah bertujuan untuk memberitahu kepada awak mengenai pengalaman berada di kampung. Yalah sudah sibuk dengan semester pendek tiada masa untuk pulang. Seronok rasanya bila pulang. Banyak memori lama datang kembali. Sekarang aku berada di Kg Luagan, Beaufort. Di sini selalu hujan. Tapi seronok hujannya. Malam ini ada nisfu sya'ban di masjid. Lama dah tak ikut acara macam ni. Kali bertuah berpeluang untuk ikut. Tak tahu apa nak dibuat ni. Ikut sajalah. Lagipun masjid tu depan rumah saja. Turun saja tangga dah sampai tangga masjid.
Semasa tengah seronok bercerita dengan kakak yang kedua, Siti Faezah, teringat pula permainan masa kecil-kecil dulu. Aku teringat permainan lubang tikus, lompat getah, main guli, main tapuk-tapuk dan permainan tangan. Seronok semasa kecil bermain permainan itu. Ni nak tanya kepada awak apa permainan kesukaan awak? Mesti main guli kan hehe... Apa yang penting bukannya kesronokan semata-mata, tetapi nilai-nilai sentimental yang terdapat dalam setiap permainan itu kan. Sungguh menggamit memori. Tengoklah sekarang, budak-budak kecil dah tak berapa minat nak bermain permainan macam tu. Mereka lebih suka permainan yang lebih canggih. Tapi, rasanya jika pergi ke sekolah luar bandar permainan macam ni masih menjadi budaya mereka kan. Budaya permainan dimainkan semasa waktu rehat dan bila ketiadaan guru.
Baiklah, rasanya sampai disini dahulu warkah ku kali ini. Umur panjang saya tulis lagi surat kepada awak ya?.
Wasalam
Yang Benar,
(^_^)
Acil
terima kasih di atas kabar dari sana...kawan di sini berharap percutian kali ini membawa lebih banyak makna dan ruang masa utk keluarga tersayang,
BalasPadamdari kawan
:-D
lina
Terima kasih saudari... :D mudah-mudahan tuhan memberikan cintanya lebih kepada kamu..
BalasPadam