Langkau ke kandungan utama

Surat kepada kawan

Assalamualaikum

          Ke hadapan kawanku yang berada dalam keadaan sihat hendaknya. Aku juga sihat walafiat. Alhamdulillah.

          Apa mu buat disana? baca suratkhabar kan? Aku pun baca suratkhabar juga. Berita Harian Khamis 7 Julai 2011. Di ruangan rencana. Tajuk berita itu yang ku baca, "Mengapa orang tidak fasih berbahasa Inggeris diperlekehkan". Isi kandungan rencana yang ditulis oleh En. Rejal Arbee adalah kita patut lebih malu jika tidak pandai berbahasa Melayu. Aku setuju lah dengan tulisannya ini. Aku rasa malu tau kalau tidak fasih berbahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.

          Kata Rejal Arbee tu katanya beliau hairan apabila terdaoat sebahagian daripada rakyat negara ini yang berterusan memandang rendah mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Menurut beliau situasi ini menggambarkan bahawa orang yang tidak pandai bahasa Inggeris tu tidak mempunyai intelek yang tinggi, Eee...marah juga bila mengetahui kebenaran ini kan. Walhal bahasa Melayu tu sangat indah dan sangat halus budi pekertinya. 

          Sebagai contoh saja kita ambil Syair, Pantun dan Gurindam. Semuanya indah-indah belaka. Ini juga sebahagian daripada bahasa Melayu kan kawanku. Nah bagi aku pula, siapa yang tidak pandai berpantun tu rendah inteleknya kan. Adakah kau setuju kawanku?

         Bukan senang tau nak berpantun, syair dan gurindam dengan spontan pula tu. Kenapa masyarakat dahulu boleh kan? Kenapa tiada orang menggunakannya sekarang? Sedih pula bila mendengarkan bahasa Melayu sekarang tidak menggunakan pantun dan bermacam-macam lagi dalam budaya kita. Kenapa ya berlakunya begini. Bolehkah kita amalkan semula dalam budaya kita di zaman moden ini?

        Aku sangat suka berbahasa Melayu. Selalu juga rakan-rakan mengejek bila aku berbahasa Melayu. Kata mereka, "Eh, apa ni skempus nya kau ni?" disertai dengan hilaian ketawa. Aduh, nak marah tak ada faedahnya. Aku anggap saja mereka mentertawakan diri mereka sendiri kan kawan?. Ah biarlah mereka.

        Baiklah sampai disini dulu warkah pada kali ini. Nanti ada masa aku kirim surat kepada kamu ya. Wassalam.

Yang Benar,
(^_^)
Acil

Ulasan

  1. ya btul kata-kata mu itu acil...kita patut bangga dengan bahasa ibunda kita.

    BalasPadam
  2. Itulah Mr Kay...Negara kita kan bahasa Rasminya bahasa Melayu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Pengenalan Cerpen

Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita’ dan `Pendek’.Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu.Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan.Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah berkeluarga,berbahasa dan bermasyarakat.Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu. Selain daripada tradisi lisan,terdapa juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen.Tradisi ini adalah perkembangan daripada tradisi lisan itu sendiri.Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.Walaupun tradisi tulisan mula mengambil alih,tradisi lisan itu tidak hilang.Setelah wujudnya alat percetakan dalam kebudayaan tradisi Melayu,tulisan menjadi semakin popular. Secara amnya,kedua-dua tradisi ini termasuk dalam bidang seni.Namun m