Ahad, 11 September 2011

Nat Geo Wild

Ke hadapan saudara/i di sana

Semoga sihat hendaknya. Saya sihat walafiat bersama keluarga.

Hari ni nak bercerita mengenai rancangan televisyen kegemaran saya di Astro iaitu Nat Geo Wild.

Sememangnya Nat Geo Wild memukau hati saya ketika pertama kali melihat rancangan tersebut. Ianya banyak menceritakan dan menayangkan keindahan flora dan fauna alam. Keindahan ini dikongsikan dan disertakan dengan info yang berguna kepada kita.

Antara program Nat Geo Wild menjadi kegemaran saya ialah Behind Japan's Secret. Ianya mengisahkan tentang hidupan liar yang berhabitat di Hutan Jepun. Pelbagai jenis hidupan terdapat disana.

Selain itu, rancangan The most powerful killer Australia juga menarik minat saya untuk melihat spesis ular terbisa di dunia. Pelbagai jenis ular berbisa mendiami Australia.

Pelbagai kisah lain yang boleh kita kongsikan sesuai dengan warkah saya yang ingin berkongsi dengan saudara/i tentang apa sahaja yang saya lalui. Tambahan pula Nat Geo Wild 550 mempunyai info berguna untuk dikongsikan bersama atau menjadi pengetahuan tambahan untuk sendiri.

Sekian,

Yang Benar
(^_^)
Acil