Salam,
Kehadapan saudaraku disana. Harap sihat hendaknya. Alhamdulillah aku baik-baik saja.
Warkah kali ini hanyalah untuk memberi saudara dan saudari sebuah sajak bertajuk "Semai dan Tuai". Sajak ini aku tulis buat tatapanmu kembali. Ianya mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Ku suratkan siratan ini di warkah kali ini.
Itulah dia sajaknya. Maaf saja jika saudara/i tidak menyukainya. Ianya sekadar untuk perkongsian. Sebagai renungan saudara/i. Diharap ianya disukai oleh mu saudara/i ku. Aku ini tidak pandai menulis tetapi mahu jua menulis buatmu. Jika kau membacanya gembira, gembira jualah aku, jika kau membacanya duka, duka jualah aku. Ini kerana, lihat saja bentuknya, seperti jenazah. Ianya memang berkait tentang hidup dan mati. Jika kita sentiasa berfikir tentang mati, maka menuai sajalah kita. Jika kita jarang sekali mengingat mati, maka rosaklah tanamanmu. Jika kita terus malas menyemai, maka menyia dan kepunanlah kita.
Salam sayang buatmu. Semoga ketemu lagi disini. Bersua denganmu kunanti-nanti. Sudah bersua kugali-gali.
Baiklah sampai disini dulu tulisan ku berhenti. Lain tika lain masa akan ku khabarkan lagi buatmu.
Saudaramu,
(^_^)
Acil

Semai dan Tuai
Cukupkah semaianku
Cukupkan semaianmmu
Baik jua semaiannya
Baik jua tuaiannya
Semaian itu tidak lama
Tuaian itu selama-lama
Awas semaian dari perosak
Kalau perosak dibiar membiak
Semaian mana yang tidak rosak
Semailah semua sebanyaknya
Supaya dapat dituai selama-lamanya
Perosak cuma dapat dikurang
Kurangkan perosak sebanyaknya
Supaya banyak hasil tuaiannya
Jika kita lalai menjaga semaian
Hasil tuaian berkurangan
Bila ditimbang kurang amalan
Tak cukuplah semaian
Tak cukuplah tuaian
Sia-sia semaian
Menyia saja
Tuaian.
Nukilan,
Acil
Itulah dia sajaknya. Maaf saja jika saudara/i tidak menyukainya. Ianya sekadar untuk perkongsian. Sebagai renungan saudara/i. Diharap ianya disukai oleh mu saudara/i ku. Aku ini tidak pandai menulis tetapi mahu jua menulis buatmu. Jika kau membacanya gembira, gembira jualah aku, jika kau membacanya duka, duka jualah aku. Ini kerana, lihat saja bentuknya, seperti jenazah. Ianya memang berkait tentang hidup dan mati. Jika kita sentiasa berfikir tentang mati, maka menuai sajalah kita. Jika kita jarang sekali mengingat mati, maka rosaklah tanamanmu. Jika kita terus malas menyemai, maka menyia dan kepunanlah kita.
Salam sayang buatmu. Semoga ketemu lagi disini. Bersua denganmu kunanti-nanti. Sudah bersua kugali-gali.
Baiklah sampai disini dulu tulisan ku berhenti. Lain tika lain masa akan ku khabarkan lagi buatmu.
Saudaramu,
(^_^)
Acil
atu ya... ehehehe bo suda tue liau.. :)
BalasPadamCerita mengenai amalan bah liau...hehe...cukupkah bekalan dan amalan ini di dunia untuk dibawa ke "sana".. :D
BalasPadam