Langkau ke kandungan utama

Hari-hari Terakhir

Kehadapan saudara/i yang berada disana. Semoga seihat hendaknya.

Suadara/i sihat ke?. Maaflah dah lama tak hantar surat kepada saudara/i di sana. Aku sibuk sekarang. Banyak hal mau diselesaikan. Ni nak ambil masa nak menulis surat kepada saudara/i. Walaupun sekejap saja.

Akhir-akhir ni hujan turun dengan kerap. Membuatkan mata rasa mengantuk dan baju habis basah. Rumput pula semakin hijau dan segar. Jalan raya menjadi hitam dan berkilat berbanding kelabu dan kasar sebelum ini. Air bertakung di banyak tempat. Tanah menjadi lumpur kerana air yang bertakung itu.

Disini sekarang berlangsung tamu gadang. Banyak gerai menyediakan makanan yang sedap-sedap. Tapi itulah harganya mahal sangat. Akhirnya makan di bilik jua. Tetapi ada juga yang murah.

Baiklah aku nak buat kerja dah. Nanti aku tulis lagi ye..Babai.

Yang Benar,

Acil

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca...

Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK...

Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah)

Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik"

Ya, saya setuju itu. Atukoi...

Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka.

Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah tampak simila…

Tarian Adai-Adai

Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua.
Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di…

How to make Proposal Kembara

EJ10101 UMS SEJATI 1 ( KEMBARA )
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LAPORAN PERKHEMAHAN KUMPULAN 2


TEMPAT : HUTAN SIMPAN KG LABAK, KINARUT
TARIKH : 9 OKTOBER 2009 - 11 OKTOBER 2009
PESERTA : PELAJAR UMS SEJATI 1 ( KEMBARA ) KUMPULAN 2
PENGIRING : TUAN HAMUDDIN TARINCANG DAN JURULATIH



ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pendahuluan 2
2. Penyataan tujuan 3
3. Gambaran am 3
4. Objekti perkhemahan 4
5. Destinasi 4
6. Pelaksanaan
4
06.1 : Persediaan
06.2 : Peserta 4
06.3 : Urutan kejadian 5-9
06.4 : Pergerakan 9
7. Pencapaian perkhemahan 9
8. Pengajaran 10
9. Penutup 11
Lampiran 1 : Senarai ahli jawatan kuasa 12
Lampiran 2 : Aturcara aktiviti perkhemahan kumpulan 1 13-14
Lampiran 3 :Laporan Perbelanjaan 15-18
Lampiran 4 : Galeri 19 - 23




1. PENDAHULUAN

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi ahli-ahli kembara mengetahui lebih mendalam tentang kembara. Kehidupan dalam hutan yang serba kekurangan adalah tidak sama dengan kehidupan di luar …