Langkau ke kandungan utama

Idea dan Sangkaan


Kreativiti bersangkut dengan proses kreatif. Dalam penghasilan idea kreatif memerlukan langkah-langkah tertentu. Memang boleh melakukan sesuatu yang kreatif dalam masa yang singkat. Cuma adakah ianya layak untuk dinilai jika penilaian kreatif itu berdasarkan bagaimana proses penghasilan idea itu sendiri.
          Seseorang individu memerlukan daya pemikiran yang keluar dari kotak. Jika masih berpandukan garisan atau satu rujukan yang biasa maka idea yang terhasil juga biasa. Idea sebegini boleh memberi suatu kesedaran kepada golongan normal terhadap sesuatu. Menggunakan peralatan yang biasa kepada mereka tetapi memberi impak yang luar biasa. Sekiranya kita melihat arca-arca, lukisan-lukisan dan catan yang dihasilkan oleh pelukis. Sambal belacan tambah dengan gula dan bawang juga merupakan satu idea kreatif.
          Tidak dinafikan bahawa idea kreatif memerlukan rujukan. Samada rujukan itu biasa atau sesuatu yang luarbiasa bergantung kepada si pembuat. Menjadikan biasa kepada luarbiasa adalah satu kelebihan kepada orang yang berusaha. Semakin banyak usaha yang dibuat semakin tinggilah nilai keindahan dan kekreatifan.
          Menurut Rizuan Ismail (2011), melalui pemerhatian fanatik seseorang terhadap sesuatu benda karya atau sebagainya yang mampu menjana idea-idea yang kreatif. Selain itu, ketidakpuasan seseorang terhadap sesuatu benda yang sedia ada, yang dirasakannya kekurangan sesuatu atau tidak dapat memenuhkan permintaan dan kemahuannya mampu menjanakan idea-idea kreatif dalam membentuk idea-idea terbaru untuk memenuhi ketidakpuasan hatinya atau ketidaksempurnaan suatu benda yang sedia ada atau karya atau idea yang sedia ada.
          Berdasarkan pemerhatian seseorang terhadap sesuatu benda menjadikan rujukan lalu menjanakan pemikiran kreatif ke atas satu sember. Penghasilan karya kreatif boleh dijana dengan adanya rasa tidak puas hati ke atas benda biasa. Ianya dipanggil klise. Keklise-an sesuatu perkara banyak mendorong individu untuk melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain.

 “…creative means the art of mind. Something what we thought that is implanted to the real world explained the abstract of mind. Prosperous of ideas outside the box creates creativities”
(Jasfazril Jakashah, 2011)
          Kenyataan ini menunjukkan bahawa pegangan Jasfazril terhadap idea kreatif adalah sesuatu yang kita rasa atau sangka telah dikeluarkan ke dunia sebenar yang menjelaskan keabstrakan minda seseorang. Idea yang dijana oleh minda akan direalisasikan memperlihatkan apa yang kita fikir menjadi sesuatu yang nampak. Jika kita disuruh untuk melukis sesuatu, orang yang kreatif akan melebihi orang yang biasa. Inilah dimaksudkan dengan kekayaan idea yang dimiliki oleh seorang pengkarya kreatif.
          Penghayatan terhadap kreativiti ini membolehkan sesuatu kebiasaan menjadi yang luarbiasa. Idea ini boleh menyebabkan kehancuran. Antara faktor yang membahayakan manusia adalah idea atau sangkaan. Hal ini diperlihatkan dalam filem Inception dimana idea menjadi sesuatu yang boleh memusnah. Sebagai contoh dalam filem tersebut dimana Mal, isteri kepada watak utama, Cobb (Lakonan Leonardo Dicaprio) yang membunuh diri kerana menyangka dunia mimpi itu adalah realiti dan dunia realiti itu adalah mimpi. Perkara ini telah mendorong Mal untuk membunuh diri kerana ingin keluar daripada mimpi tersebut.
          Peletakan sesuatu idea itu harus pada tempatnya. Namun, perkara ini berlaku sebaliknya dalam dunia kreatif. Kebanyakan pengkarya yang asasnya tidak kukuh telah lari daripada jalan sebenar. Perkara ini sangat membahayakan. Sesuatu tanggapan perlulah ada rujukan utama. Seperti muslimin mereka berpegang kepada kitab Al-Quran. Orang kristian berpegang kepada Bible dan agama Buddha berpegang kepada Veda. Jika seseorang tidak mempunyai pegangan yang kukuh, maka ianya tidak dapat selamat daripada ancaman pengaruh sesebuah idea.
          Penghasilan idea yang terlalu mendalam menusuk ke dasar minda membuatkan kita semua lalai. Keliru merupakan ungkapan yang boleh membuatkan seseorang menjadi lemah dan tidak berdaya. Seperti dalam sebuah permainan, jika kita tidak yakin terhadap apa yang kita buat, kekalahan akan menghampiri. Tetapi jika kita fikirkan kita boleh kita hampiri kejayaan.
          Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam penjanaan sesebuah idea kreatif. Berbaliklah kepada nawaitu sebenar sebelum kita melangkah jauh lebih dalam untuk memastikan dimana kita berpijak.

(*Nota: Rujukan hanya dilakukan dengan bertanya sendiri kepada pendapat individu dan idea sendiri kerana hanya sebagai latih tubi dalam penulisan ilmiah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...