Adakah anda sudah melihat dokumentari yang bertajuk Home? Dokumentari berdurasi selama 1:33:17 dengan saiz fail 1.38GB. Dokumentari ini memerlukan sebanyak 88,000 orang pekerja daripada pelbagai kerjasama yang dilakukan.
Video ini mengisahkan tentang asal kejadian alam pada 4 juta tahun yang lalu. Bermula dengan Cyanobacteria yang menguraikan cahaya dan udara membentuk partikel-partikel yang lain. Setiap bahan uraiannya adalah 'ancestor' kepada semua hidupan selama 4 juta tahun tersebut. Adakah ini benar bagi anda? Biarlah anda yang membuat penilaiannya. Itu pada permulaan cerita sahaja. Kemudian cerita berkisar tentang kemusnahan yang dilakukan oleh manusia dan kitarannya. Usaha-usaha yang dilakukan dalam memastikan Bumi ini tidak terancam daripada masalah-masalah besar. Ini adalah serba sedikit tentang plot disebalik dokumentari Home ini.
Apa yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah untuk mengetahui mengenai cara-cara pengambilan syot-syot kamera yang cantik dan menarik. Penggunaan peralatan serta teknik pengambilan gambar memerlukan kepakaran yang tinggi. Setiap syot filem menayangkan gambar yang menarik perhatian. Jurugambar profesional tahu bagaimana untuk mengambil foto yang sesuai dengan teks yag disediakan. Pengambilan gambar berdasarkan skrip amat sukar sekali. Kita memerlukan keiizinan di tempat-tempat tertentu bukannya main "hentam keromo" sahaja. Lihatlah sendiri 20 foto yang saya ambil daripada dokumentari tersebut;
Gambar 1 |
Gambar 2 |
Gambar 3 |
Gambar 4 |
Gambar 5 |
Gambar 6 |
Gambar 7 |
Gambar 8 |
Gambar 9 |
Gambar 10 |
Gambar 11 |
Gambar 12 |
Gambar 13 |
Gambar 14 |
Gambar 15 |
Gambar 16 |
Gambar 17 |
Gambar 18 |
Gambar 19 |
Gambar 20 |
Berdasarkan dua puluh gambar yang di "snap" dalam video HD ini, bagaimana anda rasa ianya dilakukan. Kesesuaian masa dan cara adalah kuncinya. Memerlukan kesabaran dan ketenangan dalam menghasilkan karya adalah amat penting. Jika sesiapa yang menjadi Jurufoto dalam video ini tentunya bukan jurufoto yang biasa. Tentu berpengalaman luas dalam bidang rakaman, pengambaran dan fotografik ini.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.