Apakah dia Syukur itu? Sudahkah anda bersyukur? Perlukah bersyukur? Kepada siapa kita bersyukur? Siapa kita untuk bersyukur? Dimanakah letak kesyukuran? Bilakah masanya kita perlu bersyukur? Bagaimana untuk bersyukur?
Tentu kita terfikir siapakah kita sebenarnya. Dalam menempuhi kehidupan, selagi masih bernafas masih memiliki panca indera, selagi awan masih berarak, selagi lautan masih terlentang, selagi pokok menghijau, selagi masih bisa bekata-kata, selagi kitaran hidup kita masih lagi berputar selagi semuanya masih berlaku sekeliling kita selagi itulah akan timbulnya persoalan yang sama.
Mengapakah kita masih bisa bercakap? Apakah yang mendorong kita bekata-kata? Dari manakah datangnya idea untuk berkata-kata itu? Siapakah kita dalam berkata-kata itu? Kenapa bunyi atau bau perkataan kita semua berbeza antara satu sama lain? Kenapa cap jari setiap manusia itu di bezakan? Adakah kita tahu apa yang kita buat, di mana kita berada? Apa perlu dilakukan? Bagaimana kita mahu tahu apa yang perlu dilakukan? Lakukan atas dasar apa? Apa yang penting dalam jiwa kita?
Segala persoalan ini harus ada dalam muhasabah diri. setiap insan perlulah mencari segala jawapan segala persoalan yang timbul. Jika ingin menjadi seorang yang bersyukur, perlulah mengetahui siapa diri kita ini sebenar. Tanyalah soalan "SIAPA AKU" di dalam jiwa masing-masing. Melalui perjalanan mencari persoalan SIAPA AKU itu akan secara dalamnya membawa kita melihat apa erti dunia sebenar. Kehidupan yang sementara, jiwa seorang hamba erti CINTA dan pelbagai lagi keindahan yang sudah kita perolehi pemberian ilahi.
Sentiasalah menuntut kepastian. Kepastian itu adalah MATI. Setiap kita akan pasti mati. Mengapa kita sering kali ingin menafikan kenyataan yang pasti ini. Kita hanya kata tidak nafi, walhal kita tidak sedar perlakuan kita sering kali menafikannya. Mengapa kita sering menafikannya? Mengapa kita cenderung menafikannya berbanding mengakuinya. Manusia itu senantiasa menuntut keseronokan dan kebahagiaan. Walhal kebahagiaan itu sementara. Kebahagiaan hakiki ada di alam yang hakiki. Itulah tuntutan yang sepatutnya kita tuntut. Mengapa yang sementara jua kita cari? Mencari kebahagiaan sementara akan menyakitkan kita jua nanti. Kesengsaraan yang akan kita dapat.
Renungkanlah, carilah, muhasabahlah, fikirkanlah sekurang-kurangnya, bukalah mata hati, bacalah, fahamilah sekurangnya diri itu sendiri, kenalilah diri, cubalah walau hanya sedikit, jangan terus hanyut dibawa arus. Renanglah kembali ke daratan yang hakiki.

Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.