Langkau ke kandungan utama

Sedekah

Assalamualaikum kepada semua pengunjung!

Alhamdulillah.
Hari ini, masuklah hari ke 22 berpuasa. (Harap anda semua pun puasa penuh ye :D)

Saya cuma nak berkongsi bahawa adalah baik sekiranya kita banyakkan bersedekah pada bulan Ramadhan. Jom dengar cerita yang saya dengar semasa menonton rancangan 30 minit bersama Ustaz Don:

Cerita pokok kurma condong.



Pada zaman rasulullah, ada sebuah pokok kurma yang condong. Pokok kurma itu dimiliki oleh seorang pakcik. Dia sangat sayang pokok tersebut kerana memiliki buah yang lazat. Masalahnya, pokok tersbut condong ke rumah jiran pakcik tersebut. Jiran pakcik itu tersangatlah miskin. Jiran itu mempunyai anak-anak kecil.

Pada suatu hari pakcik kurma tersebut menjolok buah kurma tersebut. Setiap kali menjolok buah kurma itu akan jatuh ke rumah si miskin tadi. Apa lagi anak-anak si miskin ini pun terus memakan buah kurma yang jatuh itu. Oleh kerana terlalu sayangkan buah kurma itu, pakcik tersebut terus merampas semula buah kurma tersebut daripada anak si miskin tadi. Sehinggakan kurma yang sudah di mulut itu pun pakcik tersebut korek. Si miskin tadi berasa kasihan dengan anak-anaknya. Lalu, dia pergi bertemu dengan rasulullah. Dia pun menceritakan kisah tersebut. 

Maka, rasulullah pun segera pergi ke rumah pakcik tersebut. Rasulullah berkata kepadannya, ingin membeli pokok kurma tersebut dan menjanjikan sebuah pokok kurma di syurga. Namun pakcik tersebut enggan menjualnya. Rasulullah pun mendiamkan diri. Baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana pakcik tersbut merupakan pemilik pokok tersebut.

Berita ini telah sampai ke telinga sahabat rasulullah. Beliau terus pergi berjumpa rasulullah dan bertanya.

"Ya, rasulullah, benarkah engkau telah menjanjikan sepohon pokok kurma di syurga kepada pakcik tersebut."

Rasulullah pun berkata

"Ya"

Sahabat tadi bertanya lagi.

"Ya, rasulullah, adakah jika aku berjaya membeli pokok kurma tersebut dan menghadiahkannya kepadamu akan engkau janjikan sepohon kurma di syurga?"

"Ya, aku akan menjanjikan kamu sepohon pokok kurma di syurga." Kata rasulullah.

Bergegas sahabat tadi berjumpa pakcik tersebut.

"Pakcik, saya ingin membeli pokok kurma pakcik. Berapakah harga sepohon pokok kurma itu? katanya.

"Sungguhkah kamu ingin membeli pokok ini?"

"Ya" balasnya.

"Baiklah. Aku akan menjual pokok ini dengan empat puluh pokok kurma dalam satu ladang"

Sahabat tadi diam. Bukan berdiam samada mau menjual atau tidak, tetapi sedang mengira samada pokok kurmanya mencukupi atau tidak.

"Baiklah. Aku membeli pokok kurma kamu ya pakcik" Katanya gembira.

" Tetapi aku mahu kau bersumpah atas nama Allah bahawa kamu..."

Belum sempat pakcik bercakap, sahabat tadi bersumpah.

"Aku bersumpah atas nama Allah, aku mejual empat puluh pokok kurma dengan sebatang pokok kurma ini"

"Baiklah, aku jualkan kepada kamu pokok ini".

Dengan pantas, sahabat tadi berjumpa dengan rasulullah.

"Ya rasulullah, aku hadiahkan kepadamu pokok kurma condong ini" katanya dengan gembira.

Maka rasulullah pun bergegas ke rumah si miskin tadi dan berkata.

"Wahai saudara, aku hadiahkan kepadamu pokok kurma ini" Kata rasulullah.

Maka, dapatlah si miskin tadi menikmati kurma yang lazat itu.

Begitulah ceritanya. Mungkin ada terkurang atau terkasar saya memohon maaf.

Melalui cerita ini terpancar betapa indahnya pekerti rasulullah dan sahabat baginda dalam amalan bersedekah. Sahabat baginda sanggup menjual 40 buah pokok kurma di dunia untuk mendapat sepohon kurma di syurga. Begitu indahnya pekerti yang diperlihatkan sahabat baginda. Marilah kita bersama-sama mengambil pedoman daripada cerita ini.

Baiklah sampai disini dahulu. Sampai berjumpa lagi. Wasalam.

Acil
(^_^)

Ulasan

  1. best ceta ko ni...aq ska...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...