Langkau ke kandungan utama

Berita terkini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera ke kamu.

Sudah lama tidak meninta di dalam ruangan ini kerana kesibukan mencari rezeki. Ketika diri terasa ringan sedikit, barulah jari mula meniti papan kekunci satu persatu.

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi atas segala limpah kurnianya. Pada 18hb Mei 2013 lalu telah berlangsung satu peristiwa yang sangat bermakna dalam diriku. Aku telah bertunang dengan Nurul Ain Safwanah Bte Sulaiman. Semua ini adalah anugerah dari Allah. Maha suci Tuhan Semesta Alam. Aku sangat bersyukur atas nikmat yang diberikannya. Niat murni yang telah kami rancang bersama akhirnya menjadi kenyataan. Terima kasih juga kepada tunang buah hati kesayanganku, Ain kerana tanpa usahanya majlis ini tidak akan menjadi. (Abang sayang Ain sangat-sangat.). Tidak lupa kepada Kakak Ejah dan Kak Siti yang telah memberikan suatu kenangan yang indah semasa majlis pertunangan kami. Mereka telah menghias sebanyak lima (5) dulang hantaran yang amat bermakna. Walhal, pihak perempuan tidak meminta pun hantaran. Tetapi, mengenangkan adik kesayangan mereka, mereka tetap membawa hantaran. Jasa kalian tidak dapat ku balas. Terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga yang datang meramaikan majlis tersebut. Hatiku menjadi pilu bila mengenangkan serba serbi kekurangan diri namun mereka tetap menjayakan majlis itu dengan penuh keindahan. Aku berjanji tidak akan mengecewakan kalian. Dalam majlis itu persetujuan telah dicapai bahawa  kami akan dinikahkan. Syaratnya aku perlulah mendapat pekerjaan yang dapat menampung keperluan kami setelah berkahwin.
Oleh itu, selesai sahaja majlis, aku terus berusaha untuk mendapatkan pekerjaan kerana sebelum bertunang aku telah meletak jawatan sebagai penjaga stor! Menurut bakal bapa mertua, kami akan dinikahkan sekiranya aku masih bekerja di sana. Tetapi, aku telah bertindak terburu-buru tanpa berbincang dengan bakal bapa mertuaku. Alahkah bodohnya aku. Maafkan aku bakal bapa mertuaku. Aku cuma ingin mengejar impianku sebelum aku berkahwin. dan sekiranya aku masih bekerja disana, aku merasa seperti melepaskan batuk ditangga sahaja kerana aku tidak minat. Bakal bapa mertuaku menyatakan kekecewaannya, "Apa macam kau ni Din, baru bekerja beberapa bulan sudah berhenti." Ketika itu aku hanya mampu berdiam diri. Hanya aku dan Ain tahu apa sebabku dan aku tidak mahu dia memberitahu apa alasaku itu. Maafkan aku sekali lagi bakal bapa mertuaku.

Berkelana
Sebelum ini aku bekerja sebagai Penjaga Stor di Kolombong. Aku berhenti dari sana kerana merasa tidak dapat menyesuaikan diri. Hampir seminggu juga aku berkelana ke sana ke mari mencari peluang pekerjaan. Mengisi borang jawatan kosong dan menghantar resume ke alamat-alamat email. Memang ternyata sukar untuk mendapatkan pekerjaan walaupun bergelar graduan universiti. Namun, jika tidak berusaha manakan dapat hasilnya. Sehingga aku sudah mula berputus asa dan ingin pulang aku dikejutkan dengan satu panggilan daripada Cik Sadariah (kini kupanggil kak Dayang). Hati kembali bersemangat!


Alhamdulillah kini, 
Aku baru sahaja mendapat kerja baru di Everlasting Bridal House, sebuah butik pakaian pengantin sebagai "Core Bussiness" di Dogongon. Aku diberikan tugas sebagai Pereka Grafik. Memang sudah lama aku mengidamkan untuk mejadi pereka grafik kerana minat yang mendalam dalam bidang fotografi. (Wahai bakal bapa mertuaku, wahai keluargaku dan wahai tunangku Ain, inilah pekerjaan yang aku idam-idamkan).


Mudah-mudahan dengan berkat doa dan usahaku ini aku akan dapat membuka sebuah syarikat fotografi. Aku juga bercita-cita ingin membuka sebuah akademi seperti akademi yang Everlasting (tempat ku bekerja sekarang mempunyai akademi sendiri) buat. Mudah-mudahan cita-citaku tercapai. 
Amin Ya Allah.

Sampai di sini dahulu khabar nikmat yang Allah berikan kepadaku.

Wasalam
(^_^)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...