Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

3 Perkara Penting Bulan Ramadhan (Harapan Ramadhan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Membaca tajuk pun membari ijap (menakutkan). Aku yang ijap, karang urang sangka aku ni ustat. Sebab apa yang ku mau cakap ni pasal 3 perkara yang mesti ku bali di bazaar. Hehe. Pertama,   Jeng jeng jeng Ialah Aing gelagah atau Air tebu. Setiap kali puasa mesti ku mengunjar (mencari) aing gelagah. Andang ku suka aing gelagah tapi taim puasa nganya (masa puasa saja).  Kedua, Laksa. Nda kisah laksa apa, penang ka kedah ka, asal mee nya putih dan bekuah ikan. Ani (ini) paling ngam (sesuai) kurasa makan dengan aing tebu. Kebalasan (terbalas) masam laksa sama manis gelagah. Ketiga, Kek batik. Kek nilah saja yang aku rasa ringan dan tidak terlalu manis. Sesuai lah sudah bila makan banyak laksa dan banyak minum aing gelagah, makanlah yang ringan-ringan. So, menjelang puasa ni, apa target yang anda ingin terkam di bazaar tu?  Kongsi-kongsikan pengalaman anda hehe. Sekian dulu. Nanti sambung lagi. ...

Hampir Menangis

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hampir menangis rasanya bila memikirkan tentang wang. Kenapa susah betul mahu mendapat pendapatan tambahan. Sedangkan orang cakap bila tinggal di kawasan urban, senang cari duit. Rupanya tidaklah semudah itu. Alamat balik kampung tanam jagung lagi bagus. Bidang pertanian nampaknya lebih menjamin untuk mendapat pendapatan lebih. Ada kawan sudah mula menanam lada. Pendapatan sebulan boleh tahan. Sedangkan kerjanya lebih enjoy berbanding makan gaji. Mulai dari hari ini, rasanya tertanam sikap untuk mencuba. Tidak kira lah apa natijahnya. Mesti mau cuba juga. Dunia sekarang di hujung jari. Semuanya boleh diakses melalui internet. Cara cara dan ilmu yanp berkaitan perniagaan pun banyak. Namun, masih juga tulang empat kerat ini tersungkur rebah dari berusaha. Akhirnya tinggal omongan kosong belaka. Oleh itu, marilah kita sama sama meningkatkan soft skill masing masing. Majukanlah untuk diri, keluarga dan sesama manusia agar tercapai impian yang di...

Bisnes di bandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semenjak sekolah lagi sudah mahu merasa tinggal di bandar. Seronok mendengar cerita rakan rakan yang bersahaja tentang kehidupan di bandar. Penuh dengan lampu lampu ketika malam, meriah dengan pelbagai aktiviti. Tidak seperti di kampung. Hakikatnya, kehidupan di bandar menuntut wang yang banyak. Tinggal di bandar memang ramai orang. Ke mana sahaja berjalan pasti menyaksikan lalu lalang orang ramai. Jadi, pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilakukan. Peluang perniagaan memang banyak. Namun, kita juga harus tahu bahawa ia juga mewujudkan persaingan yang tinggi. Tidak dinafikan perniagaan memang berisiko. Tidak kira di mana. Malah, di kampung juga mempunyai risiko. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengurus diri. Banyakkanlah bersabar dan berusaha bersungguh sungguh. Tanpa kecekalan, maka tiadalah juga perniagaan.

Cuti cuti Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya menjejak juga kaki ini ke kampung halaman. Pijakan kaki kali ini juga sama semasa cuti pilihan raya lalu. Banjir. Kata pakcik Lim, beginilah ni, sekejap naik sekejap turun. Belum sempat kering hujan mula turun. Banjir semula. Walaupun begitu, suasana, udara, dan persekitaran tidak berubah. Tetap seronok home sweet home. Wasalam.