Sabtu, 29 Jun 2013

3 Perkara Penting Bulan Ramadhan (Harapan Ramadhan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Membaca tajuk pun membari ijap (menakutkan). Aku yang ijap, karang urang sangka aku ni ustat. Sebab apa yang ku mau cakap ni pasal 3 perkara yang mesti ku bali di bazaar. Hehe.

Pertama,  
Jeng jeng jeng

Ialah Aing gelagah atau Air tebu. Setiap kali puasa mesti ku mengunjar (mencari) aing gelagah. Andang ku suka aing gelagah tapi taim puasa nganya (masa puasa saja). 

Kedua,
Laksa. Nda kisah laksa apa, penang ka kedah ka, asal mee nya putih dan bekuah ikan. Ani (ini) paling ngam (sesuai) kurasa makan dengan aing tebu. Kebalasan (terbalas) masam laksa sama manis gelagah.

Ketiga,
Kek batik. Kek nilah saja yang aku rasa ringan dan tidak terlalu manis. Sesuai lah sudah bila makan banyak laksa dan banyak minum aing gelagah, makanlah yang ringan-ringan.

So, menjelang puasa ni, apa target yang anda ingin terkam di bazaar tu? 
Kongsi-kongsikan pengalaman anda hehe.


Sekian dulu. Nanti sambung lagi.

P/S: Soryylah tulis campur dengan bahasa Barunai. Hehe..