Langkau ke kandungan utama

Jangan biarkan telefon lagi pintar dari anda

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan kepada muslimin dan muslimat.
Salam sejahtera dan salam blogger kepada semua.

Alhamdulillah.
Syukur kita panjatkan kerana masih berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa.

Pelbagai cerita kita dapat baca di dinding-dinding laman sosial. Semua rata rata mengucapkan syukur mereka. Ya, sememangnya bulan ramadhan bulan yang penuh berkah. Masa inilah peluang kita untuk mengumpul sebanyak banyaknya amalan. Ganjaran pahala berganda ganda diberikan. Penuhkanlah hati dengan keikhlasan beribadah. Ia membuat hati menjadi tenang jiwa bergelora menjadi aman damai.
Keikhlasan dalam menjalankan ibadah akan menghilangkan sakit dugaan cabaran yang kita tempuh. Seterusnya meenguatkan diri menempuhinya. Jangan juga lupa, membaca. Bacalah. Dengannya kita menjadi lebih terarah menuju destinasi. Melauinya, kita seperti diberikan sebuah kompas untuk mencari arah yang betul agar tidak sesat. Namun, hakikatnya bukan mudah kusembunyikan gulana gundah. Macam lagu ja ni. Bukan semua orang suka membaca. Tapi, nasihat saranan saya dengan hati yang rendahnya, bacalah sepotong ayat sehari sudah memadai.
Selain itu, dalam dunia android sekarang. Pelbagai aplikasi yang mudah dan percuma dimuat turun, yang rasanya tuan tuan lebih arif. Menggabungkan audio visual seperti kitab Alquran, buku buku e book atau laman laman sesawang yang boleh dibaca dan member manfaat. Gunakanlah kemudahan semaksima kebaikan. Bergayalah dengan gajet gajet pintar anda penuh dengan ilmu. Saya juga membeli Aigopad M60 dengan harga RM89 selepas rebat SKMM. Melaluinya saya mendownload aplikasi iQuran, alma'thurat dan Aldiko untuk membaca file epub, ebook dan pdf yang memudahkan saya membaca pelbagai genre buku. Saya juga berhasrat untuk membuat ebook saya sendiri melaluinya. Ia ringan dan mudah dibawa cuma processornya lambat untuk main game. Hehe.
Semoga kita akan lebih nampak bergaya pintar seiring pintarnya telefon ini. Jangan sampai telefon lagi pintar dari kita. K. Peace. Sekian.
:)
Acil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...