Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...
Hari yang indah dan udara yang nyaman.
Tentu ramai yang telah mempunyai perancangan sendiri untuk bersantai di hujung minggu begini. Kita semua memerlukan waktu kelapangan untuk beriadah. Dan pasti inilah masanya. Habiskan masa dengan melakukan aktiviti aktiviti yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Antara aktiviti yang selalu, popular dalam kalangan kita adalah aktiviti pantai. Berkelah di tepi pantai sambil memandang laut memang menyegarkan minda. Tambahan pula, ia dapat mengurangkan stress ketika mengingat bahawa esok adalah hari bekerja. Lupakan sementara tentang kerja dan ingat ini adalah masa yang berharga. Namun, jangan sampai kita stress memikirkan bagaimana mahu menghabiskan masa dengan sebaiknya pula!
Mudah saja. Siapkan makanan atau tapau sahaja makanan., segulung tikar ataupun duduk saja dikerusi yang disediakan. Kemudian jalan. Elakkan daripada perasaan takut ketinggalan barang. Tinggal pun tinggallah. Kita hanya bersantai saja pun. Kan.
Jadi, apa tunggu lagi. Hidupkan enjin kereta dan mulalah berjalan.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.