Assalamua'alaikum
Kepada semua pembaca dan rakan blogger.
Alhamdulillah akhirnya tetamu besar Ramadhan datang bertandang. Masih sempat rasanya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak yang telah masuk hari ke 10.
Tentu ramai yang mempunyai perancangan sendiri ketika ramadhan ini. Tidak kurang juga kepada saya sendiri yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan setibanya Syawal nanti. Segala perancangan setakat ini Alhamdulillah berjalan seperti yang dirancangkan.
Bermula dengan persiapan tempat tinggal hingga ke persiapan majlis persandingan. Segala yang kita rancangkan jangan kita lupa Allah juga merancang yang terbaik buat kita. Jadi, janganlah takut dalam melaksanakan perancangan. Resepinya adalah sentiasa berdoa. Dalam setiap doa itu menjadikan segala usaha kita yang terbaik (perancangan Allah).
Sentiasalah bersyukur dan bersabar dalam membuat keputusan. Insyaa Allah, semuanya lancar.
Ramai yang sudah menasihati saya bahawa rezeki selepas nikah itu dibuka lebih luas. Jika demikian saya juga menginginkannya!
Maka, nasihat saya kepada rakan rakan lain, carilah jodoh cepat cepat dan bernikahlah kerana para sahabat sendiri juga takut untuk berjumpa dengan Maha Pencipta dalam keadaan bujang.
Kepada tunang iaitu bakal isteriku, Cik Nurulain Safwanah terima kasih menerima diri ini atas jalan Allah. Juga kepada umi dan abah, terima kasih kerana tanpa restu kalian, niat murni kami ini tidak akan terlaksana. Kepada kedua ibubapa ku juga, terima kasih atas segala pertolongan dan restu kalian. Hanya doa sahaja yang dapat kupanjatkan sebagai balasan. Ahli ahli keluargaku dan bakal isteriku yang banyak membantu dalam segala hal dari pertunangan kami. Kakak kakak dan abang dan adik adik yang terbuka (sporting). (^_^)
Sempat lagi kak Siti Faezah, kak Siti Fitriah and the gang menyiapkan hantaran tunang. Hihi. Thank you very much.
Baiklah, sekarang semuanya terletak dibahu saya untuk memahirkan diri menjadi Nakhoda pelayaran bahtera perkahwinan kami nanti.
Ramadhan kali ini sangat istimewa!
I Am Responsible. I am promise to responsible of everything happen in the future.
M I Fitri
Country Height Apartment.
8 Julai 2014
5.10am
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.