Tahun baru sudah bermula. 2015 menjadi simbol perubahan di mana mana. Setiap angka akan terselit 2015.
Kebiasaannya, dipermulaan awal tahun ini kita sentiasa membicarakan mengenai perancangan dan azam yang diterapkan dalam diri kita. Semua orang mempunyai sasaran pencapaian masing masing.
Pencapaian pencapaian ini sudah tentulah perkara yang membawa suatu kebaikan. Baik kepada diri sendiri juga orang lain.
Oleh itu cuma satu yang ingin saya sampaikan, pesankan kepada diri saya juga rakan rakan sekalian. Janganlah terburu buru dalam proses mencapai kejayaan. Ia kerana pencapaian yang ingin cepat dicapai, akan cepat gagalnya.
Apa yang kita rancang sekarang tidak semestinya menjadi selepas ini. Banyakkanlah bersabar dan bersabar. Akhirnya, kita akan mencapai kejayaan yang hakiki; sebenar benarnya untuk diri kita. Allah akan memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Maka lebih baiklah kita Doakan supaya kemahuan kita itu seiring keperluan kita.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.