Langkau ke kandungan utama

10 Tajuk Kerap Dicari

Assalamualaikum

Oleh: M I Fitri

Setelah bertungkus-lumus berpeluh menghias semula blog, baru perasan sudah enam tahun blog ini wujud. Bermula dari May 2010 hingga Julai 2016. Suatu kepuasan buat penulis. Sebenarnya saya mula blogging dari 2008 lagi. Oleh kerana blog itu terlalu semak kerana baru mencuba-cuba menggunakan javascript. Akhirnya, ia terpaksa dipadam kerana mengandungi virus. Tiada ada apa-apa pun dalam blog lama itu.

Setelah menyambung pengajian di universitilah saya banyak mengemaskini blog. Pertama, aktiviti ketika itu terhad. Kedua, merasa bosan. Ketiga, cabaran utama krtika itu adalah sambungan internet. Dengan gigih menggunakan wifi kampus yang kekuatan satu bar. Pengguna seramai lebih 5,000 orang mahasiswa. Memuatnaik gambar berukuran sederhana saja mengambil masa setengah hari. Telefon bimbit pula ketika itu hanya GPRS. Sungguh tidak disangka!

10 Entri Kerap Dicari


Itulah yang menghairankan, setelah internet sampai ke generasi keempat (4G) semakin malas pula mengupdate Blog. Lain, sekarang ini kita asyik berkira dengan kuota yang ditawarkan. Terlalu berhati-hati. Kedua, terlalu banyak perisian yang sehingga melelah dan merosakkan mata. Membuatkan diri rasa malas untuk blogging. Selain itu, penggunaan internet sekarang ini nampaknya hanya terhad kepada aplikasi Whatsapp dan Facebook sahaja.

(^_^)v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

POTACHIPS Anjur Pertandingan Ular dan Tangga (Snake & Ladder)

Semalam telah berlangsung satu pertandingan mini di antara tiga Jagoan Kita-Kita Lah Bah Ini. Perlawanan tiga penjuru antara Qijan, Doop dan Misandao. Ia dibuat tiga pusingan dan pemenang mestilah memenangi sebanyak dua kali. Oleh itu, hanya SATU pemenang sahaja akan menerima hadiah berupa POTACHIPS Spicy. Hadiah Utama Keputusan Rasmi Qijan        - 0 Doop        - 2 Misandao - 1 Jadi, pemenangnya adalah Doop! SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN! P/S: Potachips yang kini sedang viral di laman sosial selaku penganjur merupakan pengusaha produk lokal crispy keropok yang berasaskan kentang. Ramai yang menganggap ianya bubuk sebenarnya bukan. Ia adalah kentang yang digarut halus dan digoreng bersama kacang dan bilis. Ia sangat sedap dimakan begitu saja atau dicampur dengan bubur, maggi, mee goreng dan nasi panas. Dapatkan tester anda sekarang dengan menghubungi saya:  0168051710 Khalas.

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...