Langkau ke kandungan utama

3 Status Jangan Buat

1) Mendedah

Tak naklah cerita pasal dedah aurat. Aku bukan tahu hukum. Aku maksudkan mendedahkan kelemahan diri atau insan tersayang. Tak kisah secara terus atau berlapis. Orang boleh baca tu. Biasanya berlaku kepada golongan "isteri", dan budak-budak sekolah. Mereka terlalu stress dan tidak tahu hendak meluahkan kepada siapa-siapa. Lepas tu, dah dedah tag pula nama suami. Adoi, takkah senang ja orang teka rumahtangga anda bermasalah. Biasa berlaku bila quote tentang suami isteri mulalah si isteri tadi mentag nama suami masing. Ish, tak payahlah kakak-kakak sekalian. Kalau nak cakap terus terang dengan penuh menggoda. Suami pun suka dan akan akur. Inilah masanya nak menggoda suami anda dan beri nasihat dengan cara yang menggairahkan. Betul tak para suami? Kita bukan budak kecil kan. Tapi, yang budak sekolah tu jangan pula nak sibuk ikut menggoda bf gf kamu tu. Cubit tinga kang...

2) Mengongsi Lokasi


Ni lagi satu. Suka sangat mengongsi lokasi. Biasanya akan tulis 'Check In'. Ish tak payah. Nanti manatau ada orang jahat pecah masuk rumah anda, dia tengok fb ja dah tahu oo anda takda di rumah. Bolehlah aku masuk dari pintu deoan melenggang kangkung. Janganlah. Tapi kalau anda di rumah dan mengongsi lokasi ada di Jerman itu takpa. haha... Biasanya mengongsi lokasi ni supaya tak kedengaran menunjuk sangat. Kalau kongsi lokasi premis kedai untuk promosi itu lain hallah. 

3) Travel to
Bukan saja lokasi, perjalanan atau niat baru nak bergerak ke sesuatu tempat pun dah boleh sekarang. Kan biasa kan kita buat "Polan bin Polan travelling to Kundasang". Ini pun sama boleh mengundang kecurian. Bukankah senang kerja perompak untuk melihat pergerakan anda. Siap dia boleh kira masa lagi, Pencuri ni tahu berapa jarak tau berapa jarak dari satu tempat ke satu tempat.Tak tahulah macamana mereka boleh pakar. Biasa dikejar kot. Nah, jadi dengan mengongsi lokasi anda boleh menyebabkan pencuri itu masuk dengan bergaya dan sempat makan dan minum di dapur anda. Janganlah. Kalau ya pun nak kongsi, pastikan ianya private. Biar kawan-kawan dan keluarga ja nampak.

(^_^)v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...