Assalamualaikum,
Ini bukan Johan Rajalawak. Tapi ini cerita Johan Hj Baba. Tapi, mana syok terus cerita. Dari awallah kan.
SIFF sudah, Khalifah sudah. Sekarang Wafiy. Seorang lagi anak seni kelahiran Sabah dari Ceria Pop Starz Astro Ceria.
Kelmarin (30 Julai 2016) dijemput ke Rumah Terbuka Hari Raya di rumah sepupu. Norman, sepupu dua kali (Mama kami bersepupu sekali), merangkap ipar sahabatku Mahathir.
Acara yang bermula dari jam 2 itu dihidangi dengan juadah yang semua sedap-sedap. Basically nasi campur dan soto. Air cendol dan air limau. Lauk antara yang menjadi pilihan ikan bakar, ayam masak merah, ikan masin tumis sambal, udang masak merah dan yang paling penting tu sambal mambangan. Fuh, sedap. Sementara orang makan, ramai pengunjung yang berkaraoke.
Tidak lama kemudian, muncullah keluarga Wafiy. Apa lagi masa ni dia menjadi tumpuan kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Nama penuh : Mohd Wafiy Khan Johan
Nama panggilan : Wafiy
Kerjaya : Pengacara Ceria Superstar Extra, Penyanyi Ceria popstar, Pelakon & Penari
Asal : Kg. Weston+Kg Luagan, Beaufort, Sabah
Telemovie : Super Game Boy, Wira & Dee
Drama bersiri : Hujan TV3
Dalam kesibukan orang ramai terhadap Wafiy. Beratur untuk megambil gambar, termasuk aku dan keluarga. Aku berniat untuk bergambar dengan ayahnya. Mungkin ramai yang tidak mengenali ayahnya. Inilah wajah ayahnya Johan Hj Baba.
Johan Hj Baba Bapa Wafiy |
Beliau aktif dalam sukan bola tampar, jurulatih dan merupakan spiker digeruni. Berasal dari Kg Weston. Pekerjaan tauke ikan. Cuma sekarang ni kadang-kadang saja berjual, mungkin mengurus Wafiy.. Kemudian berkahwin dengan isterinya (mama Wafiy) berasal dari Luagan. Mama Wafiy dan adik beradiknya ini pula memang terkenal kerana memiliki suara yang lunak. Mungkin, perkara ini yang mempengaruhi Wafiy ikut pertandingan nyanyian. Penulis tak tahu sebab penulis belum bertemuramah dengan mereka. Suatu masa nanti Insyaa Allah.
Sempat bergambar dengan Wafiy |
Bersama Boboi, peminat setia Wafiy |
Di belakang ni berbaris orang nak berselfie |
Terima kasih dan semoga terus berjaya diucapkan buat Wafiy dan keluarga. Menceriakan suasana akhir Syawal ini.
(^_^)v