Oleh: M I Fitri
Tulislah Gelisah Pada Takdir Indah
Kerana kegelisahan hidup itu
berdiri di seberang ketenangan dan kedamaian
yang disimpan ole kerinduan dalam diri sendiri.
Merasa gelisah selalu, dalam mencari takdir damai
kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu
amat banyak tak terbilang
kesulitan perjalanan hidup saban minit, kian baru.
Merasa senanglah selalu!
Merasa tenteramlah!
Atas takdir kegelisahan
Don
Kegelisahan itu mendorong bekarya. Jiwa yang berada dalam ketenangan tidak terdorong. Menyebabkan si penulis tidak tahu mahu meluahkan apa. Memang benar puisi adalah luahan hati, tapi tidak semua luahan hati adalah puisi.
Sumber: Facebook Day'z M'sia |
Berdasarkan puisi yang disiarkan di Utusan Borneo Ahad 24 Julai 2016. Dua orang penulis Jali Jofri dan Gabriel Kim. Masing-masing berasal dari Batu Pahat dan Labuan. Saya pernah bertanya Abd Naddin Shaidin, kenapa akhbar tempatan menyiarkan puisi orang luar? Adakah kita tidak memiliki penulis berkebolehan?
Apa-apa pun, jika dilihat kedua pengkarya ternyata puisi Jali Jofri kelihatan lebih gelisah. Jali kehilangan tiga iaitu ibu (Syawal yang Hakiki), Muezza ((Kau Di Mataku) dan Peri (Ke Mana Hilangnya Peri), Rasa kehilangan ini dicurahkan dengan penuh emosi.
Berbanding Gabriel, banyak meluahkan perasaan seorang perantau. Perjalanan dimulakan dengan fenomena gerhana (Sang Gerhana), kerinduan (Mengusung Rindu) dan suasana stesen (Stesen Serondeng Sampan Seringgit). Puisi Gabriel kebanyakannya "describing" satu-satu suasana.
Tuntasnya, kegelisahan yang menguatkan puisi itu lebih kelihatan dalam puisi-puisi Jali. Bukan bermakna puisi Gabriel itu tidak bagus. Cumanya, sesuai dengan tajuk perbincangan ini.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.