Assalamualaikum
Acara santai Malam Puisi Aidilfitri telah berlangsung pada 26 Jun 2016 di Strum Central, Warisan Square Kota Kinabalu. Menampilkan lima orang pemuisi (sila lihat gambar). Ia dilaksanakan dengan kerjasama tiga pihak iaitu Macam-Macam Music dan Tubal Chetak dan penaja lokasi Strum Central. Menurut Aphik, penganjur program ini akan diteruskan sebulan sekali. Dengan hanya perlu membayar tiket sebanyak RM5 setiap pengunjung disediakan minuman.
Program kedua akan berlangsung pada 31 Julai 2016 di lokasi yang sama. Bezanya, kali ini sebelah petang diadakan Gema Akustika dan malam diadkan Malam Puisi. Berikut merupakan poster terkini:-
Anda semua dijemput hadir. Terutamanya kepada mereka yang selalu pergi ke Centre Point. Apa kata kali ini kita ubah selera dan beramai-ramai menikmati puisi yang dikatakan sungguh puitis ini. Belum cuba siapa tahu. Mungkin anda orang yang memiliki bakat terpendam. Serlahkan bakat anda di sana nanti. Jumpa di sana!
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.