Langkau ke kandungan utama

Kritik, Kutuk dan Saran

Assalamualaikum

Oleh: M I Fitri

Mengkritik buku itu bukan mengutuk. Perkara ini sangat penting dan ditekankan di sini. Kita faham, kritik ini menggunakan perkataan yang pedas-pedas. Supaya pengkritik itu nampak wibawanya. Maaflah, perkara ini saya tidak bersatu tuju.

Kritik itu bukan perlu tajam, tapi tepat. Dalam sebuah karya tepat dikeluarkan di baris dan ayat mana. Ia sangat memerlukan masa yang panjang. Lebih-lebih lagi kalau karya itu sudah tersebar dan ramai yang membacanya. Jadi, jika seseorang itu mengkritik dan tidak punya masa yang panjang. Itu sekadar membincangkan. Kritikan itu sangat diperlukan untuk penambahbaikan karya itu sendiri. Manakala perbincangan pula tidak begitu. Ia tidak terikat kepada karya. Mungkin perbincangan membincangkan hal-hal lain di luar lingkungan. Kritikan yang bagus adalah yang disertai dengan saranan.

Kutuk pula adalah menghina. Penghinaan bermaksud sengaja mengatakan keburukan untuk menjatuhkan. Bukan untuk membina. Ini kita harus faham terutama sekali apabila ada pengkritik yang suka menyerang peribadi pengkarya. Ingatlah, jangan lihat orang, tapi apa yang ingin dikata. Ia kadangkala berlaku tanpa sedar pengkritik. Selalu ingatkan diri jangan campuri urusan peribadi ke dalam kritikan. Tidak elok. Kitakan bangsa yang penuh dengan budaya adab sopan. Jadi, bersopanlah.

Saran pula adalah cadangan terbaik yang diberikan; ditimbang berdasarkan pengalaman dan kesesuaian pengkritik. Pernah berlaku penulis di kritik karyanya dan disarankan untuk berhenti menulis. Ini salah. Ini bukan saranan, tapi satu halangan yang berunsurkan dengki. Mungkin. Saranan yang bernas menjadikan pengkarya cepat belajar dari kesilapannya. Menjadikannya lebih maju.

Dalam tak sedar budaya ini sebenarnya seringkali berlaku. Tidak semestinya dalam bentuk penulisan. Malah ketika kita melepak dengan rakan pun berlaku, Jadi, harus kita beringat untuk menjaga adab sopan dan menghormati itu perlu. Adalah lebih baik jika beritahu awal-awal niat kita untuk mengkritik rakan kita itu. Takut berlaku perbalahan yang sia-sia.

Sumber: Google

Sebenarnya, dalam dunia penulisan inilah dilema seorang pengkritik. Takut menimbulkan perbalahan yang sia-sia. Makanya setiap kritikan itu memerlukan masa yang lama untuk menyemak dan memastikan fakta dan sumber ynag digunakan tepat. Ketakutan untuk mencetuskan perbalahan inilah menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak menjadi pengkritik.

Kesimpulannya, kritikan ini memerlukan usaha yang lebih berbanding pengkarya. Tugasa yang digalas tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Ia buka sekadar untuk diingati di dunia bahkan di akhirat juga akan ditanya. Kita tidak mahulah menyampaikan fakta yang salah. Akhirnya menyesatkan orang lain. STP

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...