Langkau ke kandungan utama

Sekitar Sabah International Folklore Festival (SIFF)

Assalamualaikum

Semalam pergi ke Dewan Penampang. Pergi Sabah International Folklore Festival (SIFF). Banyak negara yang terlibat. Di bawah ni antara yang kami sempat tengok. Penilaian 5/5 bintang dari sorakan penonton. Hairannya SIFF ni tak ramai yang tahu, Bukan international ke ni?

Sampai ja di sana terus bergambar di backdropnya:-

 

Korea Selatan
Sorakan 5 Bintang
Penari semua wanita dan menggunakan pakaian tradisional berwarna merah. Berlatarbelakangkan Sakura dan Istana lama. Setiap kali penari berpusing serentak tu mesti dapat sorakan dari penonton.

Sri Lanka Sedikit hambar
Sorakan 2 Bintang
Sri Lanka ni aku balik-balik teriak tak seragam. Ada yang lupa langkah. Budak-budak umur 10 tahun menari kot.
Yakutia Russia sedikit Rancak
Sorakan 3 Bintang
Dimulakan dengan tayangan video kampung halaman mereka. Penuh dengan ais salji. Ada video orang tangkap ikan dengan melubangkan ais. Ada gambar gadis Russia bermain salji dan dibalik batang pokok mati. Yang hairannya rambut hitam bukan blonde Typical Russia dan muka mereka betul-betul muka Cina. Betulkah ni Russia? Tariannya pun macam lagu Korea.

Anak Seni Productions Kelantan
Sorakan 5 Bintang
Antara yang terbaik juga ni. Memakai pakaian tradisi Kelantan. Sinonim sangat dengan wanita, selendang, dan bermain keris. Gadis Kelantan ni dulu memang mahir main keris ka? Tapi tarian memang mantap.

Eastern Visaya University Philipine
Sorakan 4 bintang
Penuh dengan baju coklat. Salah pandang macam tak pakai seluar baju dalam. Mungkin mereka ni memang nak nampak seksi kan.
Irish Dancer Australia hentakan kasut 
Sorakan 5 Bintang
Irish Dancer ni pula penuh dengan hentakan kaki. Melompat silang kaki. Dan bila mereka buat gerak hentak bersama serentak, bertepuk satu dewan. Ada seorang lelaki yang rasanya ketua penari. Sebab cuma dia yang nampak keyakinan yang tinggi.

India Punjabi Sorakan 5 Bintang 
Mendapat sorakan pembukaan kerana muszik hindustaninya. Sama macam cerita hindustan. Tarian dengan kayu. Badan mereka besar-besar. Ada seorang pegang bendera, seorang pegang papan tanda bertulis INDIA dan seorang lagi main penyepit kuih besi gergasi. Rasanya alat muzik seban dia ketip-ketip setiap masa.

Tak habis tengok sebab mahu pergi ambil adik ipar di UiTM Sepanggar. Lebih kurang jam 9 malam kami keluar.

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...