Oleh: M I Fitri
Benawi
Aripin Said
Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan Keempat 1990
Benawi anak yatim yang rajin sejak pemergian ayahnya. Tinggallah dia
dengan ibunya berdua. Tetapi, jiran tetangga selalu membantu mereka,
tidak pernah mereka merasa terasing atau sunyi.. Atas desakan inilah dia menjadi seorang budak lelaki mahir dalam kerja-kerja kampung. Menganyam ambung mengkuang, membuat kerja kayu, dan membuat peralatan menangkap ikan. Semua diwarisinya daripada ayahnya. Menurut Pak Kenalau, ayah Benawi seorang yang cekap dalam hal-hal sebegini.
Begitulah suasana kampung Bera, hasil laut dan hutan akan ditukarkan dengan barang keperluan asas seperti baju gula dan beras.
Suatu hari datanglah Pak Banjar, seorang saudagar dari kampung seberang. Membawa barang dagangan untuk ditukarkan. Ketika itulah dia bertemu dengan Benawi. Pak Banjar mendapati Benawi seorang yang rajin dan berkemahiran. Apatah lagi Benawi pernah menyelamatkannya dari di sondol babi. Pak Banjar pun memutukan untuk membawa Benawi bersamanya. Beliau mengajar Benawi ilmu berdagang.
Benarlah dalam sekelip mata Benawi cepat belajar. Setelah Pak Banjar meninggal dia mengambil alih perdagangan Pak Banjar. Sejak dari itu empayar perdagangan semakin berkembang. Benawi betul-betul melupakan kampung halamannya.
Sehinggalah pada suatu hari isteri Benawi mengidam daging rusa. Benawi tahu ada sebuah pulau yang mempunyai banyak rusa. Persiapan pun dibuat untuk berburu ke sana. Namun, malangnya pulau itu telah banyak ditebang dan rusa sudah tidak ada. Benawi tetap mahu menunaikan hajat isterinya dan akhirnya kembali ke kampung Bera.
Tibanya di kampung Bera, ibu Benawi sangat gembira. Namun, kegembiraan itu tidak lama. Benawi tidak mengaku ibunya sendiri! Akhirnya, Benawi dan kapal-kapalnya ditelan badai laut.
Cerita ini ada sedikit mirip dengan cerita si Tanggang. Kisah pedoman kasih seorang ibu yang dilupakan anaknya. Anak tidak mengenang jasa ibu yang melahirkan dan membesarkan dengan susah payah. Kehidupan yang susah mendorong kepada kejayaan dan keegoan. Setelah berjaya langsung melupakan orang-orang yang banyak membantunya. Begitu ibu Benawi sakit, langsung dia tidak pernah melawatnya. Mujur ada kawan-kawannya yang selalu menjaga ibunya.
Kesombongan diri menguasai apabila memiliki harta yang banyak. Kemewahan mengelabui mata. Sehingga tidak nampak akan kebenaran. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Melihat ribut yang datang segera Benawi mengaku ibunya. Ketika itu, permohonan ampunnya sudah tidak diterima. Mengingatkan kita, betapa kita lupa kepada kasih sayang kekeluargaan tidak akan putus. Jangan sesekali kita membuang ahli keluarga terutamanya ibubapa.