Oleh: M I Fitri
Pada 2hb September 2016, bertempat di Laman Seni telah berlangsung satu aktiviti kemasyarakatan. Santapan Tubal. Kali ini disertai oleh Befrienders KK, Wakil Sekretariat Anak Muda Sabah, Tapuk-Tapuk, Persatuan Memanah Tuaran (betulkan jika salah), Belibacabuku, dan beberapa orang aktivis Sabah.
Terima kasih juga kepada yang menyumbang dalam bentuk wang, Tapuk-Tapuk, Karma, Cikgu Syapie dan Belibacabuku.
Pengagihan kali ini melibatkan lebih 20 orang, 100 bungkusan makanan dan baju-baju terpakai, dipecahkan kepada tiga kumpulan. Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak serentak dari Laman Seni menuju ke Jesselton Point melalui tiga laluan iaitu Centre Point, Gaya Street, dan Bandaran.
Pengarah Program ini, Rusdin Simeran, mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan semua. Berbanding sebelum ini yang hanya disertai oleh beberapa orang peserta menyukarkan pembahagian tugas. Beliau juga mengumumkan Santapan Vol 4 akan dibuat bulan hadapan. Cuma tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.
Ramai juga yang mempersoalkan mengenai usaha ini sebagai suatu usaha yang 'memanjakan' gelandangan. Tapi, sebenarnya aktiviti ini asalnya untuk memupuk sifat kasih sayang sesama manusia. Khususnya para peserta program. Jika kita memandang baik, maka baiklah jadinya. Jika memandang buruk, buruklah juga jadinya.
Secara tidak lasngsung ia melatih pihak penganjur Tubal Chetak, khususnya pengarah program untuk mengurus sebuah organisasi. Memberi peluang kepada para peserta untuk melihat sendiri kepayahan yang dihadapi oleh orang yang kurang berkemampuan di ibukota di waktu malam.
Walaupun malam itu sedikit hujan langsung tidak mematahkan semangat para peserta. Mujurlah hujan berhenti, kalau tidak ia terpaksa dihentikan juga atas sebab-sebab keselamatan.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai atau menyumbang boleh hubungi:-
0128266142 Rusdin (Pengarah Program)
atau
0168051710 M I Fitri (Tukang Sapu Tubal Chetak)