Langkau ke kandungan utama

Buku dan Kritikan dalam Seni

Pandangan ini dikhaskan buat penulis baru. Bukan pada umur, tapi baru mula menulis.

Buku itu perlu untuk dikritik. Kenapa? Sebab kalau tidak dikritik ia hanya akan tinggal di rak buku saja. Tanpa ada orang yang mahu mengkaji atau membincangkan lebih dalam mengenainya. Walaupun buku itu bagus.

Siapakah Pengkritik?
Pengkritik tidak semestinya intelektual. Pastinya, pengkritik adalah seorang pembaca yang teliti. Tidak kisah pada latar pendidikannya. Dia orang awam juga boleh mengkritik.

Apa itu kritikan?
Kritikan ialah penimbulan kesalahan dan kebetulan isi kandungan karya. Tidak semestinya penulisan. Lukisan, teater, filem, muzik, tarian, dan kebudayaan lain. Seorang pengkritik akan membuktikan kesalahan yang dilakukan. Membuktikan keindahan yang dilakukan. Kemudian memberi saranan yang terbaik. Samada, kesalahan atau kebetulan yang dibuat itu sesuai atai tidak. Melalui cara ini, penulis dengan mudahnya mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Melalui kritikan ini juga secara tidak langsung berhasil mendidik audiens atau masyarakat dalam karya. Lihat betapa pentingnya kritikan kepada pengkarya dan masyarakat.

Apa itu buku?
Baiklah kali ini kita spessifikkan perbincangan kepada buku. Buku adalah buku. Sesuatu atau benda yang boleh disentuh. Boleh dilihat dan boleh dijual beli. Itu adalah buku. Pernah timbul isu buku indie dan buku konvensional. Tak perlu pening. Kita cuma ada dua jenis buku buku laku dan buku tidak laku. Memang buku genre-genrenya, buku umum, buku fiksyen, buku non fiksyen, buku agama dan macam-macam lagi. Tapi kalau kita ambil di situ ia menjadi terlalu kompleks. Jadi kita mudahkannya, satu buku laku, satu buku tak laku.

Sedikit Pesanan
Buat penuliss baru yang masih memiliki ghairah yang tinggi. Kena ingat satu benda ni. Bila kita mahu minta di kritik jangan paksa pengkritik untuk beli. Kes ini jarang sekali berlaku tapi kena faham perasaan seorang pengkritik. Kalau ya pun mahu ornag sama mengkritik. Bagilah dengan dia.

Saya cadangkan begini, memandangkan seorang pengkritik itu tidak minta di bayar (lainlah kalau dibayar) untuk menulis kritikan buku anda. Bagi satu buku percuma sebagai 'upah' membuat kritikan. Pengkritik ini tidak mahu dibayar pun, kalau dibayar pun digunakan untuk membeli buku. Buku yang paling penting buat seorang pengkritik. Sebagai rujukan. Kalau seorang pembaca biasanya selepas membaca tidak akan merujuk semula. Itulah bezanya seorang pengkritik dan seorang pembaca. Pembaca boleh jadi pengkritik, pengkritik adalah seorang pembaca.

Bukan setakat buku anda semakin nampak dalam masyarakat, malah melalui hubungan penulis dan pengkritik akan menjadi salah satu sumbangan kecil yang memberi impak besar dalam usaha membudayakan baca buku. Menggalakkan masyarakat untuk membaca.

Kenapa?
Harus diingat dalam teori perniagaan. Manusia membelu bukan mengikut logik akal. Tapi melalui emosi. Kritikan sangat memainkan peranan penting menggugah benteng emosi pembeli.

Ini cuma sekadar pandangan peribadi. Tidak salah rasanya untuk memberi pandangan,

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...