Salam.
Pada 24 Mac 2017 lalu aku mengikuti Ketua 1 IPS Hasyuda Abadi atau Haji Sukor Haji Usin ke Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam 2017 bertempat di Membakut. Acara yang kami ikuti adalah Nadwah Sastera Islam 2017 Bicara Proses Penulisan Sastera Islam. Selain kami, Abg Yatim Ahmad dan Suadara Adi Helmi juga turut sekereta.
Mahrajan
Sedikit tentang Mahrajan yang aku tahu. Pada awalnya ia di namakan sebagai Pengucapan Puisi Islam. Kemudian diubah ke Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam. Mahrajan bermaksud festival dalam bahasa Arab. Ia dianjurkan oleh JHEAINS bersama-sama dengan DBP Cawangan Sabah, BAHASA dan IPS. Disertai oleh negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Nadwah Sastera Islam
Ini pula merupakan antara acara yang terdapat dalam Mahrajan. Kali ini ia membincangkan tentang proses penulisan Sastera Islam. Panelnya seperti S.M. Zakir, Jasni Matlani, dan Hasyuda Abadi. En Azroy bertindak sebagai moderator. Bertempat di Bongawan Borneo Golf Resort Membakut.
Kami yang bertolak awal pagi Jumaat sampai di sana dalam jam 1.30pm. Kemudian acara diteruskan kepada kenduri sastera bertempat di Rumah Dato' Yb Ariffin Arif di kampung Pimping. Oleh kerana ada urusan, Abang Hasyuda dan Abang Yatim pulang semula ke Kota Kinabalu. Manakala aku dan Adi menggantikan tempat Abang Hasyuda untuk mengisi bilik yang kosong.
Esoknya, acara perasmian Mahrajan bertempat di dewan terbuka di Pekan Membakut. Acara ini menyampaikan hadiah kepada tokoh-tokoh dan pemenang sempena sayembara Puisi Islam yang sudah berlangsung sebelumnya.