Salam
Banyak betul yang saya ketinggalan tulis. Semenjak haritu blog ni dijangkiti malware. Aku pun tak sebenarnya apa.
Entri kali ni berkongsi mengenai Malam Puisi dan Komedi di Strum Central.
Program ini diadakan sebulan sekali. Anjuran Macam Macam Music, Tubal Chetak dan Stand Up Comedy Borneo Group (SUB-G). Pengisiannya adalah Muzik, Puisi dan Komedi. Jika anda ada Facebook sila like page Macam-Macam Music dan Tubal Chetak untuk makluman bila tarikh diadakan program ini.
Salah satu usaha untuk menghidupkan seni khususnya di Sabah. Memberi ruang kepada semua orang untuk berdiri di pentas menyampaikan apa saja idea, seni dan passion anda. Semenjak dimulakan pada pertengahan tahun 2016 sehingga kini pelbagai karya seni yang sudah ditampilkan. Dari kemahiran bermain muzik, mendeklamasikan puisi dan Komedi Berdiri. Ada yang sudah berkongsi pengalaman mereka dalam bidang seni, membuka minda para penonton yang hadir. Ya, anda semua dijemput hadir untuk memberikan buah fikiran anda.
Di bawah saya kongsikan link video Stand Up Comedy dari Youtube Macam-Macam Music. Maaflah persembahan sebelum ni ada yang tidak dirakam.
MALAM PUISI & KOMEDI #3 (UCUP - PEREMPUAN ITU MENGELIRUKAN)
MALAM PUISI & KOMEDI #2 (IZZMEL - AKU, RUMAHKU DAN KEHIDUPANKU)
Jadi, kita jumpa nanti. Bulan ni
25 Mac 2017 (Sabtu)
Jam 6 - 10pm
Strum Central Warisan Square (Click here for GPS)