Salam semua.
Hari ini dipercayai bahawa hari puisi sedunia. Sempena pertemuan penyelenggaraan UNESCO ke 30 di Paris, yang mengatakan bahawa hanya melalui puisi kita dapat memenuhi tuntutan estetika.
Perkara ini aku baru tahu hari ini. Apabila heboh di netizen mengenai hari puisi sedunia. Jujur, aku memang tak pernah tahu pun hari puisi sedunia. Baru tahu hari ini, dan terus sambut? Tidak sama sekali.
Aku hanya menyambut sesuatu yang memang aku ketahui. Jelas sekali aku sendiri baru mahu cari tahu (dan mungkin tak akan ambil tahu) mengenai Hari Puisi. Tapi, apa yang aku mahu cari tahu adalah isi setiap puisi itu. Apa yang ingin disampaikan oleh si pemuisi tadi. Itu lebih menjadi kepedulian utamaku.
Silakan, sahabat-sahabat yang menyambut hari puisi. Ramai yang menghantarkan pesanan mengucapkan selamat Hari Puisi. Maafkan saya tidak membalas kerana saya tidak menyambutnya. Mungkin hari lain saya akan sambutnya. Bila sudah benar-benar tahu dan ada alasan sendiri mengapa saya perlu menyambutnya, ya saya akan sambut.
Puisi itu bagaikan satu lubang untuk menembusi isi hati seseorang. Melihatnya, membuatkan kita sedih, ketawa, tersengih dan kadang-kadang tidak mengerti. Bergantung kepada apa isi di dalamnya. Sekali baca kita sudah tahu. Isi hati yang baik itu pasti akan di baca berulangkali. Tak kisah berapa kali membacanya pun tidak kisah sudah. Asalkan kita tahu ia sangat memberi kesan kepada diri kita. Kepada para sahabat penyair sekalian, lahirkanlah bait-bait yang lahir dari hati. Biar sampai ke hati. Menyentuhnya dan memberi kesan yang mendalam kepada si pembaca. Jangan buang masa anda menuliskan sesuatu yang kosong. Kalau mahu menzahirkan bait-bait kekosongan sekali pun biarlah berisi. Biarlah memberi kesan. Biar dari hati yang ke hati yang kosong. Jangan sia-siakan peluang yang anda berikan kepada pembaca untuk melihat isi hati anda.
Bah nanti lagi sambung...
M I Fitri